Tuesday, December 30, 2008

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Wednesday, December 24, 2008

Monday, November 24, 2008

Alumni SMKMB

Assalamualaikum...

Pe kbr.. kwn2 semua... Sekolah KITA ni ada buat kelab Alumni...

So mari kita ramai-ramai g daftar di...

http://smkmerotaibesar.withme.us/ALUMNI-SMKMBT-HOME-h4.htm

http://smkmerotaibesar.withme.us/ALUMNI-SMKMBT-HOME-h4.htm


LHS

Saturday, October 18, 2008

Assalamualaikum....
Miss ur all...
Lov ur all...
Don't 4get 2 fly me an e_mail...
or slip me a msg....
019-5823545...013-9337884
Thx....

Wednesday, October 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Selamat hari raya maaf zahir & batin. thanks sudi datang kat rumah aku beraya.next year kita buat reunion kat masjid.....aku minta maaf kalau time raya hari tu ada terkurang n tak telayan.....apapun thanks a lot........love ur all!

Ni antara kawan-kawan yang datang time Raya ari tu… Sukur, Saipul, Sahar, Rozaimi, Abd Rahman, Hasmiza, Fara, Narti, Sumarni, Sudir, Sukri, Sufiadi.. yang da kawin tu ada juga bawa pasangan dan anak masing-masing, macam Sukri, Bia dan Miza.. dan yang dah ada cewek pun bawa juga tuuu.. macam Sahar & Sufiadi.. Inysa-Allah, kawin la tak lama lagi tuu.. Amin

Ada jg yang bawa anak saudara.. so ramai juga la yang datang ari tu… penuh satu rumah BB..
Aktiviti tak de apa sangat pun… yang penting makan tuuu… just borak-borak sesama kawan-kawan jer… dapat juga tau apa cerita terkini masing-masing.. macam Miza, katanya nak buka bisnes batu nisan kat Merotai tu.. tengah cari tapak katanya… semoga jumlah laa.. tapi lebih baik buat kat tepi masjid tuu kan.. senang orang nak tempah.. hehe..

Tapi ada juga yang tak kerja lagiii… just tanam anggur kat tepi rumah.. xpe, nanti ada juga tu keja.. ala cari kerja pun kerja juga kan! Hehe…

Ni ada sikit gambar yang di ambil time Raya ari tuuu… x banyak pun…









Friday, September 26, 2008

Thursday, September 25, 2008

Perjumpaan Raya 08...

Assalamualaikum... kepada semua kawan-kawan,
selamat menjalani ibadah puasa. semoga kita dapat tingkatkan amalan dan ibadah kita pada bulan Ramadhan kali ini...
Pejam celik, pejam celik... kita dah sampai ke 10 akhir Ramadhan, cepat betul masa berlalukan...
apa-pun, saya dapat maklumat terbaru tentang kawan-kawan kita ni...
Insyaallah, Kelab Enam ATAS 2 AL-KAWARIZMI 2003... akan mengadakan perjumpaan sempena raya kali ni...
Tarikh: 3 Syawal 1429h (3 Oktober 2008)
Hari: Jumaat (Selepas solat Jumaat)
Tempat: Rumah BB Azlina (Merotai)
Semua Kawan-kawan dijemput hadir. semoga dengan kehadiran kawan-kawan semua dapat memeriahkan perjumpaan tersebut...
Datang, jangan tak datang... sila maklumkan kepada kawan-kawan yang lain... TQ
dARi: LHS

Monday, September 15, 2008

Buatmu Sahabat


Sahabat…mengapa kau pergi

Tinggal aku sendiri

Kau tahu ku tak sanggup


Sahabat…ingat lah kau slalu

Jadi yang terbaik

Walau kau tak disini lagi


Sahabat…aku rindu padamu

Datang walau sesaat

Ku ingin kan kau hadir


Aku disini dan menunggu

Diam tanpa dirimu

Kau tahu ku tak bisa

Beranjak terbang dan melayang

tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah




Lagu Sahabat; Aizat AF5

Wednesday, September 10, 2008

Kelebihan Bulan Ramadhan...

Perkataan RA-MA-DHAN berasal dari perkataan RA-MA-DA yang membawa erti membakar, iaitu menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadhan.
Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hamba-Nya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hamba-Nya yang benar-benar melakukan ibadat kerana-Nya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
Sabda Nabi SAW: “Menunaikan yang sunat diberi balasan fardu, dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepada-Nya), dan sabar itu adalah Syurga balasannya. Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hamba-Nya yang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa, barangsiapa memberi makan kepada orang berpuasa, pahalanya seperti memerdekakan hamba, dan diampunkan dosanya, Berkata Sahabat: “Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah? – Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma, atau segelas air. Barangsiapa kenyangkan orang yang berpuasa akan diampunkan Allah dosanya, diminumkan Allah daripada Kolam Haudh, iaitu sejenis minuman yang tiada dahaga selepas meminumnya, hingga masuk ia ke Syurga, dan pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa.
Barangsiapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada setiap langkahnya ibadatnya setahun, dan pada hari qiamat bersamaku di bawah ‘Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya, dan yang berbakti kepada kepada kedua ibubapanya Allah kurniakan Rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya, dan siapa menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin tiap langkahnya dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.”
Artikel Oleh: Budiman Radzi. (1988). Fazilat Bulan Rejab, Sya’aban Ramadan. ISBN. Alor Setar, Kedah.

Wednesday, August 13, 2008

Senarai Nama...


Salam...


Ini senarai nama dan no telefon serta tarikh lahir kawan-kawan Upper Six II 03...


Semua maklumat tak lengkap, jadi sila maklumkan kepada saya sekiranya ada kesilapan atau tambahan yang perlu...


Oleh: LHS

Thursday, August 7, 2008

Menjana Pendapatan Sampingan....



Memperkenalkan sistem hebat pertanian di internet. Ia menawarkan pelbagai ebook dan panduan kepada anda merangkumi bisnes internet yang diakui antara sumber pendapatan yang hebat.

Di sini kami menawarkan program reseller yang sangat efektif dalam membantu anda menjana pendapatan. Dengan hanya bermodalkan RM50, anda layak memperolehi satu akaun reseller PokokDuit.com dan memuatturun produk daripada kami.

Antara produk-produk yang ditawarkan seperti, panduan membina website dan blog, online marketing dan pelbagai lagi. Kami akan mencuba menambah lagi e-book kami dari semasa ke semasa. Anda hanya perlu mengembangkan lagi perniagaan anda untuk memperolehi pendapatan sampingan yang sungguh lumayan.

Kehebatan program ini teserlah apabila anda berada di TOP POSITION, pelanggan baru dahan ke-5 akan membuat bayaran secara BANK-IN terus ke akaun bank anda…

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi dan daftar di laman web berikut:

http://PokokDuit.com/?benih=1520

http://PokokDuit.com/?benih=1520

http://PokokDuit.com/?benih=1520

Post By: LHS

Allah Melihat Apa Yang Kamu Buat...

APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah.

Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

* Untuk bacaan lanjut, sila layari laman blog dibawah:

http://luqiem-muqaddimah.blogspot.com/

Post By: LHS

WELCOME TO AL-KHAWARIZMI BLOGSPOT

Friday, August 1, 2008

Tafsir Surah Al-Fatihah

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].

2. Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai[4] di Hari Pembalasan[5].

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,

7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]
********************************************
[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.

[2] Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya karena perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafal rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah).'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALlah pencipta semua alam-alam itu.

[4] Maalik (Yang Menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. Dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.

[5] Yaumiddin (Hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.

[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

[7] Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.

[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.

[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Oleh : LHS

Thursday, July 31, 2008

Bimbingan Asas Fardhu Ain

Assalamua'laikum...

Anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan asas fardhu ain secara ringkas dan padat...

Sila buka emel yang diberikan untuk maklumat lanjut...

Sekian Terima Kasih

Dari: LHS

Pajil Art Collection...


Tentu semua kawan2 masih ingat dengan gambar ni... ni lah gambar yang ada pada baju kita masa belajar dulu... hah! dah ingat... ni adalah hasil lukisan saudara kita Pajil... Pajil, apa khabar sekarang?


Mungkin ada yang dah tak guna baju ni.. simpan ataupun dah dipakai oleh waris-waris yang lain... tapi tak pe lah ... biasa la kan.. baju tu pun dah lama sangat, dalam empat tahun... kalau nak pakaipun, mungkin dah tak muat, sebab masing-masing dah besar kan...


just nak share je ngan kawan2 gambar ni...

From: LHS

Wednesday, July 30, 2008

Tahun 2008, 'TAHUN MEDIA'

Adakah anda tahu bahawa tahun ini, iaitu tahun 2008 merupakan tahun media. Tentu ada diantara anda yang sedia maklum dengan maklumat ini. Apapun, melalui pembacaan saya merujuk kepada sebuah majalah mingguan untuk mendapatkan maklumat ini. Agak menarik juga untuk kita bincangkan mengenai topik ini.

Apa tidaknya, jika anda seorang yang peka dengan dunia media, sudah pasti anda salah seorang yang merasai bahangnya, lebih-lebih lagi semasa Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Penggunaan media cukup hebat, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menyebarkan maklumat tertentu untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan terkini. Tak kurang juga ada pihak yang mengambil kesempatan.

Peranan ‘Blogspot’ misalnya banyak digunakan dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada pengguna. Jika dahulu ramai diantara kita tidak ambil kisah dengan peranan media ini, tapi kita boleh lihat sekarang, bukan mereka yang mahir dalam bidang IT sahaja yang mampu memiliki Blog, malah anda juga mampu memilikinya, baik secara percuma mahupun membinanya sendiri. Mahu dengan tidak saja!

Memandangkan ini tahun media, maka saya juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama yang lain untuk memanfaatkannya. Dengan peranan media yang besar, sudah pasti ia mampu memberi kesan dalam hidup anda. Malah melalui media juga boleh mengangkat dan menjatuhkan seseorang. Sebagai contohnya, seseorang artis boleh menjadi terkenal dengan menyiarkan gambarnya atau kejatuhan sesuatu produk atau individu berlaku akibat membongkarkan keaibannya.

Oleh itu, media jangan sekali-kali kita bermain dengannya, jangan memperkecilkannya, jangan memperlekehkannya, sebaliknya kita gunakan peluang yang ada untuk tujuan yang bermanfaat kepada masyarakat. Kepada mereka yang membuka perniagaan walau sekecil manapun produk anda, gunakanlah media sebagai satu medium untuk anda memperkenalkannya kepada orang ramai. Jika anda memiliki sebarang produk mahupun berniaga sesuatu pastikan anda meletakkan iklan di dalamnya untuk memperkenalkan perniagaan atau produk anda secara meluas.

Ramai juga kita dengar peniaga-peniaga mengeluh kerana perniagaan mereka mulai merosot, tetapi mereka tidak menyedari bahawa peniaga lain sudah melangkah jauh dengan menggunakan platform media. Maka dengan itu, jangan tunggu lagi dan cuba cari jalan untuk menggunakan media dan tempat pengiklanan untuk meningkatkan prestasi anda.

Membuka perniagaan adalah satu langkah baik dan membuka ruang mempromosikan perniagaan adalah satu langkah bijak kerana perniagaan anda bakal berkembang dengan meluas. Jangan anda mengatakan produk anda tidak layak untuk ditempatkan dalam internet atau dalam ruangan iklan yang lain. Sebaliknya, carilah peluang ini untuk lebih berjaya.
Tahukah anda bahawa ruangan blogspot adalah percuma? Cuma mungkin anda kekurangan idea kreatif untuk mencipta ruangan iklan yang berkesan, itu anda tak perlu risau, anda boleh dapatkan nasihat dan khidmad tersebut kepada mereka-mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Malah dalam blog saya sendiripun anda boleh lihat iklan-iklan dan produk-produk pengiklanan, anda juga boleh berbuat demikian dengan mengiklankan produk anda... Apa yang paling penting adalah anda perlu sedar bahawa kuasa media adalah besar dan anda telah membuat satu langkah untuk mengambil peluang ini.

Saya sendiri turut mengambil pendekatan yang sama dengan membina blog ini untuk memanfaatkan peluang media yang ada. Melalui blog ini saya boleh mengadakan perbincangan, forum, soal-jawab, menjana pendapatan, ulasan dan sebagainya. Tidak ada yang salah, sebab blog ini adalah hak peribadi. Terpulang kepada saya untuk memanfaatkannya atau tidak selagi tidak melanggar undang-undang. Bagaimana pula dengan anda? Masih ragu-ragu…

Anda jangan bimbang, sejak awal saya sudah menyatakan bahawa tahun 2008 merupakan tahun media. Bagaimana saya tahu, tahun ini tahun media? Saya tahu tahun ini tahun media melalui saluran media itu sendiri…

Untuk pengetahuan anda, melalui kaedah sains metafizik, tahun 2008 mempunyai angka 2 (iaitu metaforanya adalah suara) dan angka 8 (api atau elektrik), iaitu secara tafsirannya adalah menggunakan suara secara elektronik dengan kata lainnya ialah promosi atau pengiklanan, seperti pengiklanan internet, televisyen dan radio serta media cetak. Kajian kitaran dan pola yang lain pula banyak menunjukkan tahun “8” ada kaitan dengan kekuatan peranan media di dalam tahun-tahun tersebut.

Dengan itu, saya juga tidak ketinggalan dalam tahun 2008 ini untuk menggunakan media secara sepenuhnya. Jika anda bercita-cita untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun, maka jangan lepaskan peluang ini. Tahun 2008 adalah tahun media!

Sekian…
Oleh; lokman Hakim

"MASA"


MASA - RABBANI

Masa Ibarat Nyawa Bagi Manusia,
Mestilah Diurus Dengan Bijaksana,
Hargailah Masa Dengan Sebaiknya,
Supaya Tidak Rugi,

Renungilah Masa Yang Telah Berlalu,
Ia Tak Akan Boleh Datang Kembali,
Ambillah Ikhtibar Untuk Diteladani,
Agar Terbentuk Peribadi Yang Murni,

Isilah Masa Jangan Dipersiakan,
Rancanglah Dengan Teliti Dan Berkesan,
Ilmu Dicari Luaskan Pengalaman,
Ibadat Dilupa Jangan,

Perjalanan Masa Tak Menunggu Kita,
Semakin Lama Usia Bertambah Tua,
Bertuah Kita Jika Dapat Mencapai,
Umur Dan Amalan Seiring Usia,

Masa Muda Jangan Ikut Perasaan,
Masa Tua Biasanya Serba Tak Senang,
Datang Bermacam Sakit Yang Tak Diundang,
Mulakan Ibadah Dari Sekarang,

Hidup Dibina Berlandaskan Kebenaran,
Semoga Pulang Dengan Hati Yang Tenang,
Masa Di Dunia Hanyalah Sementara,
Masa Di Akhirat Kekal Selamanya,

Marilah Tunaikan Kewajipan Kita,
Pada Yang Maha Esa,
Masa Tidak Akan Merugikan Kita,
Bila Diatur Dengan Penuh Sempurna,
Seperti Yang Tuntut Oleh Agama,
Hidup Pastikan Sejahtera Selamanya…

Doa

“ALLAHUMMA INNI A’UZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN WA A’UZUBIKA MINAL A’ZIWALKASAN WA A’UZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI WA A’UZUBIKA MIN GHALABATID DAIN WA KOHRUL RIJAL”

“YA ALLAH AKU BERLINDUNG DARIPADA KERESAHAN DAN KESEDIHAN, AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH, DARIPADA SIFAT MALAS DAN JUGA LEMAH DAN AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH DARIPADA SIFAT PENAKUT DAN JUGA BAKHIL, AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH DARI BEBAN HUTANG”

Salam Ukhuwah


Salam sejahtera untuk semua….

Segala puji bagi Allah kerana memberi kesempatan dan kekuatan kepada kita untuk terus hidup menghirup udara-Nya tanpa meminta sedikitpun bayaran balik daripada kita selaku hamba-Nya.

Jadi kita patut tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah, tuhan pencipta alam semesta, tanpa kebenaran-Nya maka sudah pastilah kita tidak mampu untuk bercakap, membaca dan sebagainya, kerana kita tiada daya untuk melakukan semua itu, hanya dengan kudrat dari-Nya sahaja kita boleh membuat pelbagai perkara. Justeru kita kembali kepada Allah dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana Allah semata-mata.

To All My Friends,

Perkembangan dunia ICT telah mendesak kita supaya sentiasa bersaing dalam pelbagai bidang dengan menggunakan kemudahan jalur lebar seperti internet dan sebagainya. Mungkin kita sudah jauh ketinggalan, kerana baru nak berjinak-jinak dengan dunia ICT ini, terutama laman blog khas ini.

Bercerita tentang blog, saya dalam proses pembinaan dan mengendalikan sebuah laman blog khusus kepada rakan-rakan sekolah dahulu terutama kepada bekas pelajar Enam Atas Dua Al-Khawarizmi tahun 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar, Tawau Sabah. Antara lain blog ini bakal mengeratkan semula hubungan persahabatan antara rakan pelajar yang telah lama terpisah dan tiada langsung khabar berita.

“Yang Jauh Kita Dekatkan, Yang Dekat Kita Mesrakan, Yang Mesra Kita Serasikan”

Blog yang saudara/saudari sedang baca ini, merupakan blog khas untuk kita…. Rakan pelajar 6 Atas II Al-Kahwarizmi seperti nama glamor korang di bawah ni :

Dir/Reng, As-Sahar, Ucops, Luqman, Adiey, Jays, P-Yan, Roy-B, Wans, Sukur, Sha, Mins, Marz, Jans, Tomst9512, Farra, Atiq, Lisa, Syuk, Elan, Pajil, E-Yan-T, Aidah, CT-K, S-Nie, Leekidal, Chik, Rubi, BB Azlyn, Zah-Cu, Har, One-Black, Matt, C-Pun’A, Jirah, Nia, Kartini, Lia Chiew Lee, Azri.

Kepada rakan-rakan yang tidak tersenarai nama mereka, tetapi merupakan bekas pelajar 6 atas 2, mohon kepada yang berkenaan untuk memaklumkan kepada saya.

Blog ini juga khusus ditujukan kepada tenaga pengajar kita, terutama guru kelas kita yang dihormati Cikgu Siti Murni, serta guru-guru yang mengajar subjek-subjek tertentu semasa di tingkatan enam dahulu seperti Miss Mimie, Ckg. Rabe, Ust. Mappiase, Ckg. Rudy, Pn. Azah, Pn. Asnizah & Pn. Juriaty. Mudah-mudahan guru-guru kita nanti dapat memberi beberapa pandangan tentang kerjaya dan sebagainya.

Blog ini juga berperanan sebagai saluran maklumat terkini kepada semua ahli untuk mengetahui perkembangan terkini tentang diri dan keluarga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutama secara berkumpulan dan sebagainya.

Selain itu, blog ini juga kita bakal gunakan sebagai medium perkongsian pelbagai maklumat seperti keagamaan, motovasi, kerjaya dan pekerjaan, hobi, pendidikan, kekeluargaan, foto album, gambar-gambar, pandangan umum, ucapan, kritikan, isu semasa, memo, pengiklanan, promosi, peringatan dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata semua ahli boleh menghantar sebarang artikel dan gambar yang dirasakan bersesuaian untuk dikongsi bersama, melainkan artikel dan gambar yang berunsur fitnah, sensitif, penipuan dan apa-apa sahaja artikel atau gambar yang tidak sesuai dan boleh menjatuhkan seseorang. Setiap artikel dan gambar merupakan tanggungjawab setiap ahli yang menghantarkannya.

Sebagai pengendali laman blog, adalah tanggungjawab saya untuk memastikan segala artikel dan gambar yang di hantar dapat membantu semua rakan ahli yang lain dapat manfaat daripada artikel tersebut. Oleh yang demikian, setiap ahli hanya dibenarkan menghantar artikel dan gambar sahaja dalam blog ini dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedit atau mengubah apa-apa tema-tema dan nama blog yang sedia ada.

Kepada rakan ahli yang mahir dalam rekaan grafik, saya alu-alukan pandangan dan sumbangan saudara/saudari untuk manfaat kita bersama.

Untuk memudahkan semua ahli akses atau masuk ke laman blog ini, saya akan memberikan kata laluan kepada setiap ahli supaya mudah untuk menghantar sebarang artikel dan gambar secara terus. Kata laluan ini adalah rahsia dan sulit, dan hanya diberikan kepada ahli blog sahaja.

Akhir kata untuk yang pertama kalinya, saya ucapkan selamat datang kepada semua rakan saudara/saudari untuk memanfaatkan laman blog khas kita ini. Saya menjemput anda saudara/saudari memberikan buah fikiran atau apa sahaja informasi untuk kegunaan kita bersama.


Jom kita blog laman blog kita ni…

Sekian dan Terima Kasih, jumpa lagi di lain artikel,.

Yang Benar,

Lokman Hakim @ LHS

(017-4172681)

luq_qiem@yahoo.com

lokmanhakims@gmail.com

Thursday, July 17, 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera