Friday, August 28, 2009

3 E-Buku Percuma Buat Pembaca Semua...

Salam Ramadhan... Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di [E-Book Percuma].

Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!)buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK.
Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.

3 Ebook beliau ialah :1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download di [E-Book Percuma].

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :D
Sekian!!

Tuesday, August 25, 2009

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya! [ RAHSIA EMAS ]

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di Rahsia Emas.

Ikhlas, Luqiem

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan bakal tiba beberapa hari saja lagi… Adakah anda sudah bersedia menghadapinya dengan penuh rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini… Inilah satu-satunya bulan yang mampu kita tingkatkan amalan kita kepada Allah… apa tidaknya, setiap amalan fardhu kita akan digandakan sehingga 70x pahala… manakala ibadah sunat akan menjadi pahala fardhu… masyaallah, Maha Pemurahnya Allah…

Korang yang selalu miss puasa masa dulu-dulu… lebih baik korang gantikan dengankadar segera.. Sebab itu adalah hutang yang perlu dibayar segera kepada Allah… rujuk Ustaz or sesiapa yang pakar dalam bidang tersebut… yang penting kita dapat amal segala ibadah dengan penuh rasa ketaqwaan kita kepada Allah… dan kita perlu banyak doa supaya ibdah kita nanti diterima oleh Allah…

Kita bukan buat ibadah kerana terpaksa… bukan kerana manusia… tapi kita buat ibadah semata-mata kerana Allah swt… kalaupun kita buat ibadah kerana nak tunjuk-tunjuk kat orang… lebih baik korang banyak istighfar dan minta ampun pada Allah… dan betulkan niat korang tu semula…

Kita hidup tak lama… 60 hingga 70 tahun jer… itu pun kalau kita ni umur panjang… Insyaallah… justeru sekarang lah masanya kita tingkatkan amal ibadah kita… banyakkan zikir dan selawat… baca quran.. solat-solat sunat… tak payah la korang nak tanya ibadat-ibadat yang lain jika yang ini pun korang tak penah nak buat… kita buat apa yang kita mampu… apa yang penting berterusan… istiqamah… jika tak tahu.. buang sifat malu.. pergi Tanya ustaz ustazah yang berdekatan korang….

Pedulikan orang lain, yang penting kita nak belajar… belajar nak amal agama Allah… belajar nak amal sunnah Nabi… pekakkan telinga dengan leteran dan ejekan manusia-manusia yang membawa kita kepada kegelapan… jauh dari cahaya Ilahi… muala dari sekarang… pelajarilah ilmu agama yang membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat…

Jadikan kerja kita sebagai ibadah, makan kita sebagai ibadah, riadah kita sebagai ibadah… segala apa yang kita buat, kita buat sebagai satu ibadah… Yes! Korang dan kita semua termasuk aku yang langsung tak tahu apa benda ni… kita hasilkan ibadat yang paling berkualiti sempena BULAN RAMADHAN ni... Amin

Wednesday, August 5, 2009

Bill Gates: Manusia Terkaya Di Muka Bumi

Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates III ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau di dalam The World’s Billionaires sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.



Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.