Wednesday, July 29, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran

Entry kali ini, aku ambil dari emel yang dikirimkan oleh kenalan aku... menarik juga untuk dikongsikan bersama, kalau ada diantara korang yang dah baca, kita baca lah lagi..

--------

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau; Contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli :-
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika; Contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas :-
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang; Contohnya epal dan pear :-
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai; Contohnya tembikai dan tembikai susu :-
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri; Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato :-
Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang; Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2 :-
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu; Contohnya kundur :-
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri. Kalau orang tu suka makan BUAH DURIAN... apa agaknya rahsia keperibadian orang tu yer... hmmmm

Monday, July 27, 2009

Rahsia Khusyuk Dalam Solat...

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, July 20, 2009

Azab Meninggalkan Solat Berjemaah...

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
* Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
* Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
* Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
* Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
* Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
* Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
* Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
* Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
* Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
* Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
* Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
* Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

~ Untuk renungan DAN tindakan bersama kepada semua muslimin

Wednesday, July 15, 2009

Cinta Allah...


Umpamanya....

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kapcai --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Guli ---- Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) Memancing kat parit / longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye) ---- laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) Tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....
2) Banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) Sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) Solat dirumah --- Solat di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang Pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 60~70 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti

Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, July 14, 2009

Umur Semakin Meningkat...

Setahun umur bulan meningkat,
Setahun umur kita jadi singkat,
Peringatan bagi mereka yang mahu beringat,
------
Iman dan takwa jaminan mutlak,
Selamat di dunia dan akhirat,
Rezeki murah dan berkat,
------
Hidup indah dan selamat,
Jiwa hebat penuh hakikat,
Mudah-mudahan semuanya selamat…

Monday, July 13, 2009

Selepas Ijtimak Malaysia...

Alhamdulillah… Semua telah berjalan dengan baik dan lancar… dipermudakan oleh Allah SWT… Berkat Ijtimak yang diadakan di Malaysia, kita minta doa supaya hidayat tersebar ke seluruh alam… khususnya di bumi Malaysia… menjadi lebih aman dan makmur… manusianya kita harap kembali kepada agama…

Agama sangat-sangat penting pada setiap manusia… rugilah mereka yang tidak beragama… dan agama yang bernilai disisi Allah, hanya agama Islam… beruntunglah kita yang sedia lahir sudah pun beragama islam…

Namun, akibat kelemahan iman.. maka manusia yang ada agama akan kecundang dengan dunia dan hawa nafsu… tuhan mereka bukan lagi Allah, tetapi bertuhankan nafsu.. Masyaallah… semoga kita terhindar dari dugaan sedemikian rupa… kita minta doa lagi dan lagi supaya iman kita dikekalkan oleh Allah sehingga ke akhir hayat kita… amin



Wednesday, July 8, 2009

Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia 2009

Assalamualaikum… Alhamdulillah, tahun ini (2009) Malaysia telah dipilih oleh Allah SWT menjadi tuan rumah kepada perhimpunan umat islam seluruh dunia…

“Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia” akan diadakan pada 9-12 Julai 2009, bertempat di Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan… Kepada semua Muslimin lelaki, anda dijemput hadir ke Ijtimak tersebut… Kehadiran anda sangat bernilai disisi agama… malah dengan kehadiran kita akan mendatangkan Rahmat dan Hidayah Allah ke seluruh Dunia… semoga Negara kita Malaysia lebih aman dan makmur…

Antara barang keperluan yang perlu disediakan oleh setiap orang yang hadir ke Ijtimak tersebut antara lainnya adalah; keperluan pakaian solat (untuk 3 hari), baju T, seluar, alas tidur, peralatan mandi, selimut, serta barang-barang keperluan yang bersesuaian perlu dibawa bersama al-quran dan tasbih (habiskan masa kita dengan ibadah)…

Aturcara Majlis :

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yang Keluar
2. Doa Penutup Ijtimak

--------------------------------------------

* Insyaallah, kita hadirkan diri kita ke Ijtimak tersebut... Ijtimak yang akan kita hadiri tersebut akan disertai hampir 150 ribu ++ jemaah seluruh dunia, ulama-ulama terkemuka dunia juga akan hadir ke Ijtimak tersebut...

* Sesungguhnya satu kerugian yang besar jika sekiranya kita x mampu hadiri ke Ijtimak tersebut, kerana untuk menghadiri Ijtimak tersebut pada masa-masa akan datang di Malaysia mungkin dalam tempoh 30 tahun lagi... Ketika itu mungkin kita dalam keadaan yang uzur dan sebagainya...

* Justeru, ambil peluang yang besar ini... kita sama-sama hadir, Inysa-Allah...

* Tapak lokasi Ijtimak : http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&source=embed&t=h&msa=0&msid=114025851364434457518.000466c98058d686e4744&ll=2.76579,101.768589&spn=0.007501,0.00912&z=16

Tuesday, July 7, 2009

To All My Friends & Teacher.... Jom Semua....

Assalamualaikum…

Korang pe kabar semua… hope semua sihat macam biasa la kan… Alhamdulillah, aku nak jemput korang-korang semua ke Majlis Pertunangan aku nanti… So saper-saper yang duk area KL dan Selangor, serta yang bermastautin disekitarnya amat-amatlah dipelawa untuk hadir… bagi meriah Majlis tu nanti…

Kalaulah ada juga yang teringin nak datang dari jauh memang lagi bagus… memang aku respect kat orang tu… yang penting aku nak korang doakan majlis tu nanti berjalan dengan baik… ada juga sumbangan korangkan…

Aku rasa ada dikalangan korang memang dah kenal bakal tunang aku tu saper… tapi aku x nak bagi tau lah sekarang… Biarlah rahsia… nak tau kene datang la korang… hehe

Majlis tu nanti akan di buat di PT 7490, Taman Desa Anggerik, 71800 Nilai, Nogori Sembilan… jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari… Hari Sabtu, 11 Julai 2009... bersamaan dengan 18 Rejab 1430 Hijrah…

So, JOM kita meriahkan majlis tu nanti…

Ikhlas dari Lokman...

Monday, July 6, 2009

Dari Cikgu Siti Murni....

ASSALAMUALAIKUM..wbt.

Apa khabar ? moga lokman n semua murid cikgu berada dalam keadaan sihat sejahtera. ALHAMDULILLAH cikgu ct nie sihat jer.. sekarang nie bz sgt maklumla banyak keja kat sekolah...

Di kesempatan ini, cikgu minta maaf sebab lambat sgt melawat blog pelajar cikgu nie….amboi masih ingat cikgu yer sebagai guru kelas 6 atas al-khawarizmi,begitu cepat masa berlalu n murid2 cikgu dah bekerja plak tuh....haa cute2 & hsome2 dah yer…tak mcm dulu kat sekolah comot2 heheeeee gurau je lahhh…tahniah untuk anda semua tau..di sini cikgu ct kepilkan beberapa gambar..lambat cikgu bagi emmm bz.

Haah tak lupa nak ucapkan Terima kasih atas ucapan selamat hari guru pada cikgu ct nie..!! Insya Allah, ketulusan dan keluhuran budi MURID CIKGU NIE akan tetap CIKGU kenang selama-lamanya.. cikgu doakan semoga semuanya bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta beroleh SyurgaNya di Akhirat sana!! Amiin.


* Cikgu dengan anak sedare....
* Kat Bilik Guru...
* Dengan member, Ckg Rosni
Emel Ckg Siti : ctmurni_m@yahoo.com
No. H/P : 019-8966703