Tuesday, July 27, 2010

Dalam Kenangan... (2)


Dari Kiri : Pajil, Matt, Sukur, One Black, Ucup, Sahar, C-pul, P-Yan, Sudir, Aliff, Jai, Lokman & Wan

Saturday, January 2, 2010

Dalam Kenangan...


Belakang : C-Pul, Ucup, Lokman, Matt Fauzi, Sufyan, Azri, Wan Iban, Rozaimi, Sahar, Safran, Pajil,
Depan : Erwan, Sudir & Syukri

Friday, December 18, 2009

Salam Hijrah Dari Ckg Siti...

Assalamualikum...

Haah Ckg ct still here...hehehe. Miss Mimie,cgu Rabe..cgu hasniza dah pindah. ust Mappisse dah naik paangkat jadi PK.HEM...cgu Juriati dah ada 2 org anak..cgu RUdy emmm xpasti la cgu hehe..

Sekarang dah musim cuti sekolah...haah...kepada semua student cgu... Apa perancangan u all semua? Balik kampung ke? ke tengok upin ipin? hehe2...Ke nak buat BBQ? Ke nak gi makan angin or macam2 lagi la aktiviti !!!!!! yang ptg berfaedah kannnn....haah...kepada yang balik kampung, pandu kereta dengan cermat & jiwa akan selamat. pada yang balik dengan bas, jgn muntah2 dalam bas nanti yer! hehe.

Akhir kata cikgu nak ucapkan salam maal hijrah.
semoga kita menjadi lebih baik dan lebih tekun melakukan sesuatu, pastikan ia gemilang. Kembali kepada al-Quran dan al-Hadith. Lakukan yang terbaik dan bermohon kepada Allah agar kita semua diberi kekuatan, dilimpahi rahmat, dijauhkan daripada gangguan syaitan dan malapetaka.

Ameen…(“,)...wassalam.

Thursday, December 10, 2009

Produk PERCUMA!!! Muat Turun Sekarang...

"Dapatkan 16 produk terbaik dan terhebat tahun ini daripada individu terpilih KHAS untuk anda secara PERCUMA!"

Pernahkah anda terfikir, saban hari anda menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk membeli buku-buku panduan di kedai buku popular, panduan yang ada di internet malah produk-pr...oduk yang apabila korang membacanya, ia berakhir dengan kekecewaan?

Pasti anda selalu berhadapan dengan situasi sedemikian. Samalah kita, yang pasti anda selalu berada di dalam situasi teragak – agak untuk membeli dan memiliki sesuatu produk dek kerana harganya terlalu mahal dan anda tidak mampu untuk memilikinya.

Namun kini tak lagi, 16 Produk yang berharga ratusan ringgit saya nak kongsikan dengan anda kali ni PERCUMA jer!

Produk ratusan ringgit ni ialah:
1- Teknik Buat Duit Part Time RM1000 sebulan
2- Panduan Membeli di ebay
3- Tips Meningkatkan Pendapatan Adsense For Domain
4- Panduan Menguruskan RM
5- Panduan Autoviral Perniagaan Internet
6- Twitter Infiniti
7-16: Bermacam lagi ebook hebat PERCUMA.

Dapatkan segera secara PERCUMA di RAHSIA GEMPAK NEWBIE

Tuesday, November 17, 2009

SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri.

Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya.

Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

Friday, November 13, 2009

Mutiara Kata...

Masa Adalah Suntuk...

Dan Akan Menjadi Suntuk jika sekiranya kita

membiarkan ia berlalu begitu sahaja...

Tuesday, October 20, 2009

Umrah 2009.... Ckg Siti


Asalamualaikum…

haiii LOKMAN N SEMUA STUDENT CIKGU…semoga sihat jerr...cikgu alhamdulillah sihat...bz dengan kerja2 sekolah jer..

Haah nie beberapa gambar time cikgu mengerjakan umrah.. Syukur kpd Allah kerana diberikan rezeki.. Kini cikgu dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah.

Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi cikgu ct, apa yang perolehi halal dan diberkati seperti Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari.
Ini benar2 terkesan dalam hati cikgu. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.
Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya....jumpa lg wassalam.

Wednesday, October 14, 2009

From Ckg Siti...

Assalamualaikum.. Hai lokman n semua pelajar cikgu..haah cikgu doakan semoga Allah melimpahi kasih sayang dan rahmatnya, semoga setiap amal baik diberikan balasan yang baik di akhirat kelak, Amin....

Cikgu CT NAK mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILLFITRI kepada semua pelajar-pelajar cikgu 6atas Al-khawarizmi, tidak kira di mana jua anda berada! ;) Semoga Syawal kali ini membawa 1001 kebaikan dan rahmat dalam hidup kita InsyALLAH.

DI KESEMPATAN INI JUGA..CIKGU MOHON MAAF KIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN BICARA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK DI SENGAJAKAN..heehe.. maklumlah selama cikgu ct jadi guru kelas anda semua macam-macam cikgu cakap kan... kekadang ada yang terasa...tapi semua tu memberi kesedaran agar pelajar2-pelajar cikgu berjaya...

Dear lokman, tahniah yea...mga kekal abadi...haah DISINI CIKGU SERTAKAN SEKEPING GAMBAR KAT UMAH CIKGU...NANTI CIKGU BAGI GAMBAR LEN LG YEA...cikgu ct nie asyik lambat jer bagi kann...

Akhir kata Jauh di mata dekat di hati, semoga tak lupakan cikgu di sini!


Sekian dulu ....wassalam.
p/s...CIKGU dah TUKAR NO HP... 0138844451

Saturday, October 10, 2009

KAMAR-KAMAR DI SYURGA

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat."Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Wednesday, October 7, 2009

other art....

how bout this one?? comment jil.....

Tuesday, October 6, 2009

My Art Piece....

can someone comment plz... specially u pajil... it's been a long time i'm not doin this.... so??? wat gonna be???

Thursday, September 24, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Friday, August 28, 2009

3 E-Buku Percuma Buat Pembaca Semua...

Salam Ramadhan... Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di [E-Book Percuma].

Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!)buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK.
Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.

3 Ebook beliau ialah :1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download di [E-Book Percuma].

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :D
Sekian!!

Tuesday, August 25, 2009

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya! [ RAHSIA EMAS ]

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di Rahsia Emas.

Ikhlas, Luqiem

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan bakal tiba beberapa hari saja lagi… Adakah anda sudah bersedia menghadapinya dengan penuh rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini… Inilah satu-satunya bulan yang mampu kita tingkatkan amalan kita kepada Allah… apa tidaknya, setiap amalan fardhu kita akan digandakan sehingga 70x pahala… manakala ibadah sunat akan menjadi pahala fardhu… masyaallah, Maha Pemurahnya Allah…

Korang yang selalu miss puasa masa dulu-dulu… lebih baik korang gantikan dengankadar segera.. Sebab itu adalah hutang yang perlu dibayar segera kepada Allah… rujuk Ustaz or sesiapa yang pakar dalam bidang tersebut… yang penting kita dapat amal segala ibadah dengan penuh rasa ketaqwaan kita kepada Allah… dan kita perlu banyak doa supaya ibdah kita nanti diterima oleh Allah…

Kita bukan buat ibadah kerana terpaksa… bukan kerana manusia… tapi kita buat ibadah semata-mata kerana Allah swt… kalaupun kita buat ibadah kerana nak tunjuk-tunjuk kat orang… lebih baik korang banyak istighfar dan minta ampun pada Allah… dan betulkan niat korang tu semula…

Kita hidup tak lama… 60 hingga 70 tahun jer… itu pun kalau kita ni umur panjang… Insyaallah… justeru sekarang lah masanya kita tingkatkan amal ibadah kita… banyakkan zikir dan selawat… baca quran.. solat-solat sunat… tak payah la korang nak tanya ibadat-ibadat yang lain jika yang ini pun korang tak penah nak buat… kita buat apa yang kita mampu… apa yang penting berterusan… istiqamah… jika tak tahu.. buang sifat malu.. pergi Tanya ustaz ustazah yang berdekatan korang….

Pedulikan orang lain, yang penting kita nak belajar… belajar nak amal agama Allah… belajar nak amal sunnah Nabi… pekakkan telinga dengan leteran dan ejekan manusia-manusia yang membawa kita kepada kegelapan… jauh dari cahaya Ilahi… muala dari sekarang… pelajarilah ilmu agama yang membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat…

Jadikan kerja kita sebagai ibadah, makan kita sebagai ibadah, riadah kita sebagai ibadah… segala apa yang kita buat, kita buat sebagai satu ibadah… Yes! Korang dan kita semua termasuk aku yang langsung tak tahu apa benda ni… kita hasilkan ibadat yang paling berkualiti sempena BULAN RAMADHAN ni... Amin

Wednesday, August 5, 2009

Bill Gates: Manusia Terkaya Di Muka Bumi

Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates III ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau di dalam The World’s Billionaires sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.



Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

Wednesday, July 29, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran

Entry kali ini, aku ambil dari emel yang dikirimkan oleh kenalan aku... menarik juga untuk dikongsikan bersama, kalau ada diantara korang yang dah baca, kita baca lah lagi..

--------

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau; Contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli :-
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika; Contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas :-
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang; Contohnya epal dan pear :-
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai; Contohnya tembikai dan tembikai susu :-
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri; Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato :-
Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang; Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2 :-
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu; Contohnya kundur :-
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri. Kalau orang tu suka makan BUAH DURIAN... apa agaknya rahsia keperibadian orang tu yer... hmmmm

Monday, July 27, 2009

Rahsia Khusyuk Dalam Solat...

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, July 20, 2009

Azab Meninggalkan Solat Berjemaah...

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
* Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
* Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
* Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
* Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
* Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
* Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
* Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
* Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
* Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
* Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
* Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
* Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

~ Untuk renungan DAN tindakan bersama kepada semua muslimin

Wednesday, July 15, 2009

Cinta Allah...


Umpamanya....

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kapcai --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Guli ---- Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) Memancing kat parit / longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye) ---- laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) Tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....
2) Banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) Sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) Solat dirumah --- Solat di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang Pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 60~70 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti

Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, July 14, 2009

Umur Semakin Meningkat...

Setahun umur bulan meningkat,
Setahun umur kita jadi singkat,
Peringatan bagi mereka yang mahu beringat,
------
Iman dan takwa jaminan mutlak,
Selamat di dunia dan akhirat,
Rezeki murah dan berkat,
------
Hidup indah dan selamat,
Jiwa hebat penuh hakikat,
Mudah-mudahan semuanya selamat…