Wednesday, August 5, 2009

Bill Gates: Manusia Terkaya Di Muka Bumi

Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates III ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau di dalam The World’s Billionaires sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.



Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

No comments: