Friday, December 18, 2009

Salam Hijrah Dari Ckg Siti...

Assalamualikum...

Haah Ckg ct still here...hehehe. Miss Mimie,cgu Rabe..cgu hasniza dah pindah. ust Mappisse dah naik paangkat jadi PK.HEM...cgu Juriati dah ada 2 org anak..cgu RUdy emmm xpasti la cgu hehe..

Sekarang dah musim cuti sekolah...haah...kepada semua student cgu... Apa perancangan u all semua? Balik kampung ke? ke tengok upin ipin? hehe2...Ke nak buat BBQ? Ke nak gi makan angin or macam2 lagi la aktiviti !!!!!! yang ptg berfaedah kannnn....haah...kepada yang balik kampung, pandu kereta dengan cermat & jiwa akan selamat. pada yang balik dengan bas, jgn muntah2 dalam bas nanti yer! hehe.

Akhir kata cikgu nak ucapkan salam maal hijrah.
semoga kita menjadi lebih baik dan lebih tekun melakukan sesuatu, pastikan ia gemilang. Kembali kepada al-Quran dan al-Hadith. Lakukan yang terbaik dan bermohon kepada Allah agar kita semua diberi kekuatan, dilimpahi rahmat, dijauhkan daripada gangguan syaitan dan malapetaka.

Ameen…(“,)...wassalam.

Thursday, December 10, 2009

Produk PERCUMA!!! Muat Turun Sekarang...

"Dapatkan 16 produk terbaik dan terhebat tahun ini daripada individu terpilih KHAS untuk anda secara PERCUMA!"

Pernahkah anda terfikir, saban hari anda menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk membeli buku-buku panduan di kedai buku popular, panduan yang ada di internet malah produk-pr...oduk yang apabila korang membacanya, ia berakhir dengan kekecewaan?

Pasti anda selalu berhadapan dengan situasi sedemikian. Samalah kita, yang pasti anda selalu berada di dalam situasi teragak – agak untuk membeli dan memiliki sesuatu produk dek kerana harganya terlalu mahal dan anda tidak mampu untuk memilikinya.

Namun kini tak lagi, 16 Produk yang berharga ratusan ringgit saya nak kongsikan dengan anda kali ni PERCUMA jer!

Produk ratusan ringgit ni ialah:
1- Teknik Buat Duit Part Time RM1000 sebulan
2- Panduan Membeli di ebay
3- Tips Meningkatkan Pendapatan Adsense For Domain
4- Panduan Menguruskan RM
5- Panduan Autoviral Perniagaan Internet
6- Twitter Infiniti
7-16: Bermacam lagi ebook hebat PERCUMA.

Dapatkan segera secara PERCUMA di RAHSIA GEMPAK NEWBIE

Tuesday, November 17, 2009

SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri.

Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya.

Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

Friday, November 13, 2009

Mutiara Kata...

Masa Adalah Suntuk...

Dan Akan Menjadi Suntuk jika sekiranya kita

membiarkan ia berlalu begitu sahaja...

Tuesday, October 20, 2009

Umrah 2009.... Ckg Siti


Asalamualaikum…

haiii LOKMAN N SEMUA STUDENT CIKGU…semoga sihat jerr...cikgu alhamdulillah sihat...bz dengan kerja2 sekolah jer..

Haah nie beberapa gambar time cikgu mengerjakan umrah.. Syukur kpd Allah kerana diberikan rezeki.. Kini cikgu dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah.

Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi cikgu ct, apa yang perolehi halal dan diberkati seperti Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari.
Ini benar2 terkesan dalam hati cikgu. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.
Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya....jumpa lg wassalam.

Wednesday, October 14, 2009

From Ckg Siti...

Assalamualaikum.. Hai lokman n semua pelajar cikgu..haah cikgu doakan semoga Allah melimpahi kasih sayang dan rahmatnya, semoga setiap amal baik diberikan balasan yang baik di akhirat kelak, Amin....

Cikgu CT NAK mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILLFITRI kepada semua pelajar-pelajar cikgu 6atas Al-khawarizmi, tidak kira di mana jua anda berada! ;) Semoga Syawal kali ini membawa 1001 kebaikan dan rahmat dalam hidup kita InsyALLAH.

DI KESEMPATAN INI JUGA..CIKGU MOHON MAAF KIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN BICARA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK DI SENGAJAKAN..heehe.. maklumlah selama cikgu ct jadi guru kelas anda semua macam-macam cikgu cakap kan... kekadang ada yang terasa...tapi semua tu memberi kesedaran agar pelajar2-pelajar cikgu berjaya...

Dear lokman, tahniah yea...mga kekal abadi...haah DISINI CIKGU SERTAKAN SEKEPING GAMBAR KAT UMAH CIKGU...NANTI CIKGU BAGI GAMBAR LEN LG YEA...cikgu ct nie asyik lambat jer bagi kann...

Akhir kata Jauh di mata dekat di hati, semoga tak lupakan cikgu di sini!


Sekian dulu ....wassalam.
p/s...CIKGU dah TUKAR NO HP... 0138844451

Saturday, October 10, 2009

KAMAR-KAMAR DI SYURGA

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat."Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Wednesday, October 7, 2009

other art....

how bout this one?? comment jil.....

Tuesday, October 6, 2009

My Art Piece....

can someone comment plz... specially u pajil... it's been a long time i'm not doin this.... so??? wat gonna be???

Thursday, September 24, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Friday, August 28, 2009

3 E-Buku Percuma Buat Pembaca Semua...

Salam Ramadhan... Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di [E-Book Percuma].

Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!)buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK.
Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.

3 Ebook beliau ialah :1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download di [E-Book Percuma].

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :D
Sekian!!

Tuesday, August 25, 2009

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya! [ RAHSIA EMAS ]

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di Rahsia Emas.

Ikhlas, Luqiem

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan bakal tiba beberapa hari saja lagi… Adakah anda sudah bersedia menghadapinya dengan penuh rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini… Inilah satu-satunya bulan yang mampu kita tingkatkan amalan kita kepada Allah… apa tidaknya, setiap amalan fardhu kita akan digandakan sehingga 70x pahala… manakala ibadah sunat akan menjadi pahala fardhu… masyaallah, Maha Pemurahnya Allah…

Korang yang selalu miss puasa masa dulu-dulu… lebih baik korang gantikan dengankadar segera.. Sebab itu adalah hutang yang perlu dibayar segera kepada Allah… rujuk Ustaz or sesiapa yang pakar dalam bidang tersebut… yang penting kita dapat amal segala ibadah dengan penuh rasa ketaqwaan kita kepada Allah… dan kita perlu banyak doa supaya ibdah kita nanti diterima oleh Allah…

Kita bukan buat ibadah kerana terpaksa… bukan kerana manusia… tapi kita buat ibadah semata-mata kerana Allah swt… kalaupun kita buat ibadah kerana nak tunjuk-tunjuk kat orang… lebih baik korang banyak istighfar dan minta ampun pada Allah… dan betulkan niat korang tu semula…

Kita hidup tak lama… 60 hingga 70 tahun jer… itu pun kalau kita ni umur panjang… Insyaallah… justeru sekarang lah masanya kita tingkatkan amal ibadah kita… banyakkan zikir dan selawat… baca quran.. solat-solat sunat… tak payah la korang nak tanya ibadat-ibadat yang lain jika yang ini pun korang tak penah nak buat… kita buat apa yang kita mampu… apa yang penting berterusan… istiqamah… jika tak tahu.. buang sifat malu.. pergi Tanya ustaz ustazah yang berdekatan korang….

Pedulikan orang lain, yang penting kita nak belajar… belajar nak amal agama Allah… belajar nak amal sunnah Nabi… pekakkan telinga dengan leteran dan ejekan manusia-manusia yang membawa kita kepada kegelapan… jauh dari cahaya Ilahi… muala dari sekarang… pelajarilah ilmu agama yang membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat…

Jadikan kerja kita sebagai ibadah, makan kita sebagai ibadah, riadah kita sebagai ibadah… segala apa yang kita buat, kita buat sebagai satu ibadah… Yes! Korang dan kita semua termasuk aku yang langsung tak tahu apa benda ni… kita hasilkan ibadat yang paling berkualiti sempena BULAN RAMADHAN ni... Amin

Wednesday, August 5, 2009

Bill Gates: Manusia Terkaya Di Muka Bumi

Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates III ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau di dalam The World’s Billionaires sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.



Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

Wednesday, July 29, 2009

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran

Entry kali ini, aku ambil dari emel yang dikirimkan oleh kenalan aku... menarik juga untuk dikongsikan bersama, kalau ada diantara korang yang dah baca, kita baca lah lagi..

--------

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau; Contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli :-
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika; Contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas :-
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang; Contohnya epal dan pear :-
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai; Contohnya tembikai dan tembikai susu :-
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri; Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato :-
Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang; Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2 :-
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu; Contohnya kundur :-
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri. Kalau orang tu suka makan BUAH DURIAN... apa agaknya rahsia keperibadian orang tu yer... hmmmm

Monday, July 27, 2009

Rahsia Khusyuk Dalam Solat...

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, July 20, 2009

Azab Meninggalkan Solat Berjemaah...

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
* Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
* Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
* Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
* Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
* Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
* Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
* Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
* Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
* Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
* Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
* Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
* Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

~ Untuk renungan DAN tindakan bersama kepada semua muslimin

Wednesday, July 15, 2009

Cinta Allah...


Umpamanya....

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kapcai --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Guli ---- Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) Memancing kat parit / longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye) ---- laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) Tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....
2) Banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) Sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) Solat dirumah --- Solat di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang Pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 60~70 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti

Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, July 14, 2009

Umur Semakin Meningkat...

Setahun umur bulan meningkat,
Setahun umur kita jadi singkat,
Peringatan bagi mereka yang mahu beringat,
------
Iman dan takwa jaminan mutlak,
Selamat di dunia dan akhirat,
Rezeki murah dan berkat,
------
Hidup indah dan selamat,
Jiwa hebat penuh hakikat,
Mudah-mudahan semuanya selamat…

Monday, July 13, 2009

Selepas Ijtimak Malaysia...

Alhamdulillah… Semua telah berjalan dengan baik dan lancar… dipermudakan oleh Allah SWT… Berkat Ijtimak yang diadakan di Malaysia, kita minta doa supaya hidayat tersebar ke seluruh alam… khususnya di bumi Malaysia… menjadi lebih aman dan makmur… manusianya kita harap kembali kepada agama…

Agama sangat-sangat penting pada setiap manusia… rugilah mereka yang tidak beragama… dan agama yang bernilai disisi Allah, hanya agama Islam… beruntunglah kita yang sedia lahir sudah pun beragama islam…

Namun, akibat kelemahan iman.. maka manusia yang ada agama akan kecundang dengan dunia dan hawa nafsu… tuhan mereka bukan lagi Allah, tetapi bertuhankan nafsu.. Masyaallah… semoga kita terhindar dari dugaan sedemikian rupa… kita minta doa lagi dan lagi supaya iman kita dikekalkan oleh Allah sehingga ke akhir hayat kita… amin



Wednesday, July 8, 2009

Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia 2009

Assalamualaikum… Alhamdulillah, tahun ini (2009) Malaysia telah dipilih oleh Allah SWT menjadi tuan rumah kepada perhimpunan umat islam seluruh dunia…

“Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia” akan diadakan pada 9-12 Julai 2009, bertempat di Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan… Kepada semua Muslimin lelaki, anda dijemput hadir ke Ijtimak tersebut… Kehadiran anda sangat bernilai disisi agama… malah dengan kehadiran kita akan mendatangkan Rahmat dan Hidayah Allah ke seluruh Dunia… semoga Negara kita Malaysia lebih aman dan makmur…

Antara barang keperluan yang perlu disediakan oleh setiap orang yang hadir ke Ijtimak tersebut antara lainnya adalah; keperluan pakaian solat (untuk 3 hari), baju T, seluar, alas tidur, peralatan mandi, selimut, serta barang-barang keperluan yang bersesuaian perlu dibawa bersama al-quran dan tasbih (habiskan masa kita dengan ibadah)…

Aturcara Majlis :

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yang Keluar
2. Doa Penutup Ijtimak

--------------------------------------------

* Insyaallah, kita hadirkan diri kita ke Ijtimak tersebut... Ijtimak yang akan kita hadiri tersebut akan disertai hampir 150 ribu ++ jemaah seluruh dunia, ulama-ulama terkemuka dunia juga akan hadir ke Ijtimak tersebut...

* Sesungguhnya satu kerugian yang besar jika sekiranya kita x mampu hadiri ke Ijtimak tersebut, kerana untuk menghadiri Ijtimak tersebut pada masa-masa akan datang di Malaysia mungkin dalam tempoh 30 tahun lagi... Ketika itu mungkin kita dalam keadaan yang uzur dan sebagainya...

* Justeru, ambil peluang yang besar ini... kita sama-sama hadir, Inysa-Allah...

* Tapak lokasi Ijtimak : http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&source=embed&t=h&msa=0&msid=114025851364434457518.000466c98058d686e4744&ll=2.76579,101.768589&spn=0.007501,0.00912&z=16

Tuesday, July 7, 2009

To All My Friends & Teacher.... Jom Semua....

Assalamualaikum…

Korang pe kabar semua… hope semua sihat macam biasa la kan… Alhamdulillah, aku nak jemput korang-korang semua ke Majlis Pertunangan aku nanti… So saper-saper yang duk area KL dan Selangor, serta yang bermastautin disekitarnya amat-amatlah dipelawa untuk hadir… bagi meriah Majlis tu nanti…

Kalaulah ada juga yang teringin nak datang dari jauh memang lagi bagus… memang aku respect kat orang tu… yang penting aku nak korang doakan majlis tu nanti berjalan dengan baik… ada juga sumbangan korangkan…

Aku rasa ada dikalangan korang memang dah kenal bakal tunang aku tu saper… tapi aku x nak bagi tau lah sekarang… Biarlah rahsia… nak tau kene datang la korang… hehe

Majlis tu nanti akan di buat di PT 7490, Taman Desa Anggerik, 71800 Nilai, Nogori Sembilan… jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari… Hari Sabtu, 11 Julai 2009... bersamaan dengan 18 Rejab 1430 Hijrah…

So, JOM kita meriahkan majlis tu nanti…

Ikhlas dari Lokman...

Monday, July 6, 2009

Dari Cikgu Siti Murni....

ASSALAMUALAIKUM..wbt.

Apa khabar ? moga lokman n semua murid cikgu berada dalam keadaan sihat sejahtera. ALHAMDULILLAH cikgu ct nie sihat jer.. sekarang nie bz sgt maklumla banyak keja kat sekolah...

Di kesempatan ini, cikgu minta maaf sebab lambat sgt melawat blog pelajar cikgu nie….amboi masih ingat cikgu yer sebagai guru kelas 6 atas al-khawarizmi,begitu cepat masa berlalu n murid2 cikgu dah bekerja plak tuh....haa cute2 & hsome2 dah yer…tak mcm dulu kat sekolah comot2 heheeeee gurau je lahhh…tahniah untuk anda semua tau..di sini cikgu ct kepilkan beberapa gambar..lambat cikgu bagi emmm bz.

Haah tak lupa nak ucapkan Terima kasih atas ucapan selamat hari guru pada cikgu ct nie..!! Insya Allah, ketulusan dan keluhuran budi MURID CIKGU NIE akan tetap CIKGU kenang selama-lamanya.. cikgu doakan semoga semuanya bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta beroleh SyurgaNya di Akhirat sana!! Amiin.


* Cikgu dengan anak sedare....
* Kat Bilik Guru...
* Dengan member, Ckg Rosni
Emel Ckg Siti : ctmurni_m@yahoo.com
No. H/P : 019-8966703

Monday, June 22, 2009

Utk Kwn2 Semua

SALAM kpd smua...aq ni c tomok hahaha... aq nak bgtau u all i'm pregnant now... doa2 kan aq slmt nanti ahh... raya jgn lupa dtg uma...aq pelawa nti klu nak wat reunion wat kat uma aq lah ehh... apa2 hal nti inform k daaaa

Friday, June 19, 2009

Tips Berjaya Temuduga...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin bertanya dengan Anda
berapa kali Anda gagal dalam temuduga?

Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan Anda itu tidak penting.

Memang ramai di antara kita sering gagal dalam temuduga
terutamanya temuduga bagi sektor awam. Saya sendiri juga pernah
mencapai kegagalan dalam temuduga beberapa kali.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
Anda menganggap Anda tidak akan dapat
kejayaan pada masa akan datang?

Mengapa kita boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk Anda . Punca
kenapa Anda gagal berulang kali dalam temuduga
dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan
yang telah dilakukan dalam temuduga sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan
persiapan menghadiri temuduga

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas
mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus
asa.

Kini, Anda perlu keluar dari kisah kegagalan
Anda yang telah dialami dahulu. Lupakan kekecewaan
yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup
Anda . Usah dikenang yang lama, kelak merana
diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan
yang lalu, Anda akan memulakan langkah menuju ke
arah KEJAYAAN – iaitu berjaya mendapat kerja di sektor
awam. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ubah cara dan strategi persiapan Anda dalam
menghadapi temuduga. Jika sebelum ini Anda suka
membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat
persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini Anda
tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat,
kini buat perancangan teliti. GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL. Pegang kata-kata tersebut!
Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat
perancangan. Ambil masa membuat perancangan, kerana
dengannya Anda akan dapat menjimatkan masa,
meningkatkan kualiti dan juga menjimatkan kos (dalam
membuat persediaan temuduga). Dan juga outputnya (kekuatan
anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri
temuduga kelak.

2. Usah membuang masa lagi tercari-cari sumber rujukan yang
sesuai untuk menghadapi temuduga. Buka je internet,
cari..Insyallah banyak info yang diperlukan Anda
akan dijumpai. Sebagai contoh, jika Anda taip
perkataan ”temuduga” di google search, pasti
Anda akan menjumpai ebook Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan ini :). Kan Anda dikira beruntung.
Tidak perlu lagi tercari-cari di kedai buku, tercari-cari
kawan untuk bertanya, pegi sana sini yang mana semuanya
merugikan masa Anda. Suatu info yang tepat
berkenaan apa yang diperlukan oleh Anda sudah
pasti amat menguntungkan!

3. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba Anda
fikirkan, apakah sebabnya Anda gagal dalam
temuduga yang lepas. Cuba bayangkan sesi temuduga yang lalu
di fikiran Anda. Adakah dulu Anda sudah
membuat yang terbaik dalam temuduga? Jika ya, cuba fikirkan
pula, adakah Anda memberikan persembahan menarik di
mata penemuduga pula. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan
yang serupa. Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri,
kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting FIKIRKAN
BOLEH. Seperti lagu popular tahun 80-an:

” Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.....”


4. Jangan biarkan Anda menjadi lemah semangat dek
kegagalan yang lalu. Dalam Islam pun kita diajar supaya
jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat.
Jika Anda lemah semangat, satu kerja pun tidak
menjadi. Oleh itu, usah biarkan Anda hilang
semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi
mencapai cita-cita Anda iaitu bergelar penjawat
awam. Jika Anda kehilangan semangat, selalulah
berdoa kepada TUHAN moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA
bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah
kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk Anda
mendapat kejayaan yang akan mendatang. Satu tips menarik
dari saya, jika Anda hilang semangat, apakata
dengar lagu XPDC yang bertajuk Semangat Yang Hilang :).
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat
Anda dalam menghadapi temudga sekali lagi.

Itulah serba sedikit tips dari saya buat kali ini. Saya
berharap semoga tips dari saya ini dapat membantu
Anda dalam menghadapi temuduga nanti. Apapun KITA
HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai
kesudahan segala usaha Anda dalam memburu kerjaya
di sektor awam. Insyallah ada rezeki, tahun ni Anda
berjaya menjawat jawatan di sektor awam.
Sekian, terima kasih

Tuesday, June 2, 2009

Apa Kabar Korang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama aku rasanya tak menulis kat dalam blog ni, aku perasan sibuk dengan pekerjaan aku… walhal aku bukanlah seorang penulis… sekadar membaca apa yang ditulis… tapi entah kenapa tergerak hati aku nak menulis…

Alhamdulillah… tahniah diucapkan kepada sahabat kita saudara Pajil, selamat dijabkabulkan dengan pasanganya pada 29-Mei-2009 yang lepas… if ada gambar share la Pajil… aku pun nak kenal juga orang rumah kau tuuu… aku minta maaf sebab tak dapat nak datang… jauh tu bro… kira bukan rezeki aku laa… baru-baru ni aku ada call si Pajil… sekitar 1-2 Mei macam tu laa… rupanya dia da balik ke Umas-Umas… demam katanya… al-maklum lah baru kahwin… Menurutnya lagi, kenduri di pihak lelaki insya-allah akan dibuat pada bulan September, mungkin pada raya yang ke-7 atau entahlah… nanti la.. belum muktamad lagi… memang aku teringin sangat nak pegi time tu… bukan apa… aku kan membesar kat situ… so rindu kat tempat tu… dan korang-korang semua…

Rasanya dah hampir enam tahun aku tinggalkan Sabah… first sebab aku sambung belajar kat UUM… lepas tu pulak family aku pun berpindah tempat kerja, kat Pahang… so x berkesempatanlah aku nak balik Sabah time tu…

Menurut orang kampong yang menetap di Felda Umas-Umas, katanya telah banyak perubahan yang berlaku… entah yer ntah tidak.. mana aku tahu… tapi katanya memang banyak yang dah berubah… terutama dari segi infrastruktur laa… dulu xde, sekarang da ada… bagus la… senang orang kampong nak guna… jangan disalahgunakan dah laa…

Memandangkan aku dibesarkan disana… maka banyaklah kengkawan aku kat sana tu… ada yang aku tahu ceritanya… ada juga yang tak pernah aku dengar kabar berita… “apa kabar orang kampong, sudah lama x berjumpa, kirim-kirim kan berita..” lagu Sudirman… korang sambung lah sendiri… malas aku..

Diam x diam dah ramai juga kawan2 yang dah kawin… x lupa juga yang dah bertunang, nak bertunang.. dan apa-apa jer lah… aku juga yang belum lagi ni… huhu… insya-Allah next year… Coming Soon.. hehe

Ahh.. tetiba mood aku nak menulis dah xder… Sabor jer lahh… apa2 pun korang jangan senyap jer.. meriahkan lah blog kita ni… ceritakan cerita korang…

Kepada Cikgu-cikgu… jangan malu jangan segan… joint kita orang ni…

By : Luqiem

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru



Guru Pembina Negara Bangsa


Selamat Pagi Cikgu.... Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di seluruh negara amnya... jasa anda sangat-sangat dihargai, tanpa didikan dan tunjuk ajar dari anda semua... siapalah kami yang bergelar pelajar...

Para gurulah yang menjadikan kita sebagai manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara... kerana guru jualah kita kini sebagaimana yang kita ada kini...

"Ucapan Selamat Hari Guru" tidak mampu menandingi jasa dan pengorbanan anda sebagai guru dalam mendidik KAMI yang suatu ketika dulu penuh dengan ragam yang pelbagai... tingkah laku yang menyakitkan hati, yang menerjah jiwa, yang tak sanggup dihadapi.... tetap menjadi suatu cabaran buat para guru sekalian... begitu tabahnya anda sebagai seorang GURU... kami hargai jasa anda... terima kasih ucapan yang mampu kami ucapkan...

Kepada guru-guru KAMI yang mengajar KAMI... suatu tika dulu, nun jauh kembali ke tahun 2003... kepada Guru Kelas KAMI... Cik Siti Murni (Dah kawin ker belum)... jasa anda sangat-sangat KAMI hargai... Ragam kami yang tak jemu-jemu cikgu tatapi... hasilnya inilah KAMI... TERIMA KASIH CIKGU...

Kepada semua guru-guru... yang pernah mengajar KAMI, dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke Tingkatan Enam Atas... termasuk guru kaunseling kita En. Kadarisman... dan semua guru, tak lupa juga bekas pengetua kita yang Sporting suatu tika dulu.... Apa khabar dari Anda semua wahai Guru-guru ku....

Dari KAMI ex-student Upper Six II Al-Khawarizmi... ''SELAMAT HARI GURU" sempena Hari Guru pada 16-Mei-2009....





Monday, May 11, 2009

Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!

Saya yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana anda masih belum dapat memiliki jejaka yang anda idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat anda, tetapi hati anda tetap dengan jejaka idaman dan igauan anda dan si dia sentiasa di hati anda. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati anda.

Saya tahu anda kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi anda tidak yakin, tiada peluang dan anda sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya. Tahukah anda bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan anda!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, saya percaya, perkataan “tidak yakin”, “tiada peluang”, “rendah diri” dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup anda dan nantikan si dia menjadi milik anda buat selamanya.

Klik utk maklumat lanjut... hehehe

http://www.PanduanCinta.com/index.php?ref=luqiem

Wednesday, May 6, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan




Alhamdulillah... Saudara kita merangkap ex-Ketua Kelas Upper Six II Al-Khawarizmi 2003, Saudara Fadzly @ Pajil, bakal mendirikan Mahligai Istana Kayangan Insyaallah dalam Bulan Mei ini... Syukur Pada Allah...

Nama Pasangan : Fadzly Junidin & Fazilahtul Ain Nius @ Abdullah

Tarikh : 29-Mei-2009 (Rabu)

Alamat : Kg Togis, Ranau, Sabah.

Ucapan Dari Pajil "“Kepada kawan2 yang jauh atau dekat yang dirindui doakanlah mahligai yang akan dibina kelak mendapat doa dan keberkatan atas doa kalian,mungkin masa bulan Mei ni banyak yang tidak dapat datang tapi untuk bulan 9 ni no excuse hahaah,,,sowi just kidding ,apa yang penting doa kalian yang aku harapkan,special thanx to lokman coz u help… Doa kan Allah Swt permudahkan majlis kami dan di murahkan rezeki insyAllah…”

* Semua dijemput menghadiri majlid akad nikah di Kg. Togis, Ranau Sabah pada 29-Mei-2009... Majlis Kenduri yang dijangka pada bulan September di Felda Umas akan diberitahu kelak tarikhnya... Tungguuuu

* Sebarang ucapan boleh dibuat melalui ulasan dan ruangan chat yang disediakan...

* Kepada bakal pengantin.. TAHNIAH dari kami...

Monday, May 4, 2009

Pengembaraan Hang Tuah "Bangsaku Junjung Bangsaku Cinta, Rupanya Engkau Lenyap Di Dunia"

Tersebutlah kisah terdapat seorang panglima melayu yang gagah ketika zaman kesultanan melayu Melaka yang diberi nama Tuah atau lebih dikenali sebagai Hang Tuah, Tuah adalah panglima, Tuah adalah satria, Tuah adalah simbol, Tuah adalah penegak kebenaran pada ketika itu. “Takkan melayu hilang didunia!!!!!” , “Takkan melayu hilang didunia!!!!!” jerit Tuah dengan suara yang padu menusuk ke kalbu setiap rakyat jelata. Tetapi malangnya, Patik Kerma Wijaya seorang pembesar Melaka dengki dengan pencapaian dan kekananan panglima Hang Tuah, “Cis Hang Tuah akan ku singkirkan engkau, akan kuhapuskan kau didunia ini”, maka Tuah dihukum oleh sultan yang dijunjungnya setiap masa. Maka bermula cerita disini….

Ketika Hang Tuah dilepaskan oleh pembesar yang ketika itu ditugaskan menghukumnya, Hang Tuah berlari menyeberangi hutan belantara dan disaat Hang Tuah melintasi suatu padang, tiba-tiba keadaan menjadi gelap, awan menjadi kelabu kehitaman seakan menerpa ke arah Hang Tuah, tiba-tiba satu cahaya pantas menyambar Hang Tuah tanpa sempat mengelak. “argggghhh” jerit Tuah. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan menjadi tenang semula, awan menjadi cerah, angin sepoi bahasa menerpa wajah Tuah, asap putih dan hitam menusuk ke hidung yang memeningkan kepala “ oh di mana gerangan hamba berada” Tuah bertanya kepada dirinya yang masih keliru ketika disambar cahaya tadi. Tuah mendongak ke langit, dihirupnya udara, diamatinya tanah hitam yang keras, dengan sedikit bingung Tuah merasakan kelainan pada tempat tersebut. Ketika itu Tuah mendengar bunyi membingitkan yang memekakkan telinga, Tuah menjejaki bunyi tersebut, dilihatnya seakan buaya berkaki bulat yang sedang bergerak laju, berlumba. Pada ketika itu F1 sedang berlangsung di Malaysia, rupanya Tuah berada di Sepang, dalam layar gergasi Tuah melihat dirinya, orang melihat Tuah dalam keadaan hairan, maka orang bertanya sesama sendiri “eh abang tengok tu, peliklah orang tu bang” orang melihat layar gergasi yang ketika itu Live!!!!

Tuah tidak dapat menahan dengan kebisingan tempat tersebut, Tuah berlari sekuat hati sehingga Tuah melihat raksasa kembar berdiri yang seakan-akan menunggu mangsanya untuk dibaham. Tuah tersungkur melihat raksasa tersebut, raksasa tersebut seakan menunggunya dan menerpa kearahnya. “ciss, apakah engkau sang kelambai?” pekik Tuah,” saat ini telah lama kunantikan untuk menghapuskanmu sang kelambai” tiba-tiba orang bertepuk tangan disekitar raksasa tersebut menyambut kehadiran Perdana Menteri yang ketika itu melawat KLCC. Tuah berlari lagi sambil diperhatikan oleh orang ramai, ada ketawa ada yang tersenyum, “hai abanggg nak kemana tu? Nak ikut blehh, wuuuu macho, abang-abang, nak nombor tepon abang bleh tak, alaaa bleh laa” sapa gadis-gadis kepada tuah, “look that coooooll” kata pelancong asing melihat tuah berpakaian melayu lengkap dan mengambil gambar Tuah, Tuah memandang dan hairan gelagat mereka yang bebas bergaul antara lelaki dan perempuan, sehinggalah dia berhenti di satu kawasan yang terdapat tasik, Tasik Titiwangsa. Dilihatnya orang sekeliling, terdapat ramai orang berkerumun untuk mendengar nyanyian dari seorang pelakon terkenal tanah air. Dilihatnya orang begitu teruja sekali, lelaki dan wanita bergaul, berpegangan tangan dan memberikan kucupan, tanpa sedikitpun rasa malu. Tuah melihat perkara tersebut dengan rasa dosa yang amat sangat.

Tuah berlari lagi dengan sekuat hati sehinggalah di satu persimpangan Tuah melihat seorang wanita tua yang terhenjut-henjut melintas jalan, orang hanya melihat disekelilingnya tanpa menghiraukan kehadiran orang tua itu, dengan segera Tuah mendapatkan wanita itu lalu dipapahnya menyeberangi jalan. “terima kasih cuu, tak pernah orang yang sudi bantu nenek begini, orang melayu sekarang dah tak peduliiii, cucu nama apa?” tanya nenek tersebut, “ nama hamba Tuah” jawab Tuah, “oh Tuah, bagus nama tu cu, ingat ajaran nenek ni cuu, sentiasa bantu orang dalam kesusahan, jangan seperti orang melayu sekarang ni, da lupa ajaran orang tua-tua, kalau Hang Tuah masih hidup, mesti dia malu melihat orang melayu sekarang ni”, orang tua itu pun segera beredar sambil Tuah berdiri kaku dan mata Tuah mengiringi perjalanan orang tua tersebut.

Dengan tiba-tiba angin bertiup dengan kencang mengaburi mata Tuah, barang-barang di kedai berhampiran habis berterbangan ditiup angin, “haik” dengan tidak semena-mena Tuah membuka langkah dan didapatinya terdapat sehelai kertas besar yang hampir membaluti separuh badannya, diamatinya kertas tersebut, hanya terdapat tulisan yang tidak difahaminya (tulisan Roman), dibeleknya, dilihatnya ruangan atas kertas yang tertulis, Utusan Malaysia yang bertarikh 31 disember 2009, dibeleknya lagi ruangan seterusnya yang mempunyai tulisan jawi, Tuah terkejut melihat tarikh ruangan tersebut iaitu 14 Muharram 1431, maka tahulah Tuah dimanakah dia sebenarnya berada, “ benarkah aku ini? Benarkah aku berada di masa hadapan?” cakap Tuah, Tuah merenung kembali apa yang dilaluinya tadi tuah bersedih “apakah yang telah terjadi dengan bangsa aku” bisik Tuah dalam hatinya dalam keadaan sedih dan marah.

Tuah berjalan di satu kawasan lorong yang sunyi, dilihatnya sekumpulan orang ramai yang seakan-akan bersuka-ria, dilihatnya terdapat 5 orang berpakaian gelap mempunyai sepucuk pistol di pinggang dan memakai tengkolok yang pelik di kepala sambil melihat seketika ke kumpulan tersebut dan beredar, kemudian Tuah mendengar suara orang dalam kesakitan. “jangan, tidak, ahhh, tidak, lepaskan aku!!!”, lantas Tuah pun pergi. Rupa-rupanya mereka adalah kongsi gelap orang melayu yang sedang membuli bangsa sendiri. “ciss!!! Apakah yang kalian sedang lakukan?”, jerit Tuah, “pocot, hero da datang, tapi ni bukan polis, bukan cicakman, bukan superman, tapi Hang Tuah, uuuuu takut, takut, Hang Tuah kepala hotak nak mampuss, hahahaha!!!”cakap ketua kongsi gelap kemudian ketawa bersama-sama pengikutnya. Lelaki tersebut bercakap lagi,” hei mangkuk lu sapa ahhh, jangan nak campur urusan gua, kalau lu nak selamat, baik lu cau dari sini” kemudian lelaki tersebut mengeluarkan pisau rambo dan ditimang-timangnya.

Lelaki yang lumat dibelasah memberitahu Tuah yang dia tidak sengaja melanggar ketua kongsi gelap ketika terburu-buru melawat maknya di hospital, Tuah begitu kesal sekali dengan apa yang terjadi dan kasihan melihat keadaan lelaki yang dibelasah. “ nama hamba Hang Tuah panggil hamba Tuah, adakah kalian tahu apa yang kalian lakukan ini salah? Kalian tahukah pemuda ini bangsa kalian, adakah kalian tidak mempunyai hati perut?, baik kalian pergi dari sini sebelum hamba tamatkan riwayat kalian” cakap Tuah, ketua tu bercakap, “ uuuu takut tu, heii orang gila, nak ngaku Tuah konon, tak sedar diri, baik lu pergi dari sini, lau tak nasib lu sama macam budak badigol ni, lu ada saploh saat, lau tidakkk”,Tuah pun bercakap,” baiklah, hamba berikan tuan hamba masa 3 kali mata hamba ini berkedip, jika tuan hamba tetap berdegil, maka tamatlah riwayat tuan hamba” ketua kongsi gelap yang mendengar kata-kata Tuah menjadi berang dan mengarahkan pengikutnya agar membunuh Tuah, dengan bersenjatakan samurai dan seramai 35 orang, mereka pun menyerang Tuah bertubi-tubi, Hang Tuah melompat ke sana sini, pergerakan Tuah amat pantas dan sukar diramal, Tuah memang handal seperti yang dikisahkan, tetapi tengkolok Tuah terjatuh terkena libasan samurai, Tuah tiada pilihan lain selain mempertahankan dirinya lalu menghunus keris, “haik, hek, cah”supppp!!!!, supppp!!!! Bunyi keris ketika menusuk ke badan lawan sehinggalah semuanya jatuh tersungkur, termasuk ketua kongsi gelap tersebut.

Tuah pun memapah pemuda yang dibelasah tadi dan memimpinnya untuk duduk, kemudian Tuah meletakkan tangannya di kepala pemuda tersebut, memejamkan mata dan mulut Tuah terkumat-kamit membaca doa memohon kepada Allah agar pemuda tersebut sembuh. Dengan tidak semena-mena lebam dan luka pada pemuda tersebut sembuh seperti sediakala, “Alhamdulillah” cakap Tuah, pemuda tersebut hairan melihat perubahan itu, Tuah pun bercakap ‘’tuan hamba, teruskan niat tuan hamba untuk pergi berjumpa dengan bonda tuan hamba”, “ tima kasih bang, kalau tak sebab abang tak taula pe jadi, abg name ape?”., tanya pemuda tersebut, “ nama hamba Hang Tuah, panggil hamba Tuah”cakap Tuah kepada pemuda tersebut, “ takpe bang, tima kasih bang kerane menyelamatkan saye, saya pergi dulu bang” lelaki itupun beredar sambl tersenyum kerana menyangka Tuah bergurau. Tuah berasa hairan apakah tugas temenggung(polis) dan konco-konconya pada zaman ini. Adakah mereka melihat sahaja perkara ni, atau adakah mereka takut.

Matahari semakin terbenam dan dilihatnya kubah, ciri tersebut sama ketika Tuah menjadi duta ke kerajaan Islam di turki, maka tahulah Tuah yang itu masjid, Tuah pun pergi ke tempat tersebut untuk melakukan solat maghrib di Masjid India, setelah menghabiskan solat, orang ramai berasak-asak meninggalkan masjid, Tuah hairan melihat kelakuan mereka yang begitu gopoh yang seakan rimas berada di masjid, Tuah pun keluar dari masjid sebagai orang yang terakhir, dilihatnya terdapat beberapa orang yang ke hulu hilir seakan mencari sesuatu, dari apa yang didengar Tuah, orang tersebut telah kehilangan capal. “ Astaghfirullah alazim” Tuah beristighfar, “siapakah gerangan yang berbuat demikian di rumah Allah ini’’ bisik Tuah lagi.

Dilihatnya diluar pagar masjid seorang pemuda yang merupakan makmum disebelahnya sebentar tadi bersama-sama dengan gadis muda yang memakai tudung berseluar jeans dan baju yang ketat sambil berpegangan tangan. Tuah pergi ke pemuda tersebut. “tuan hamba, siapakah gerangan nama tuan hamba?’’tanya Tuah. Pemuda dan gadis tersebut terkejut, seakan-akan tidak percaya percakapan yang didengarinya tadi. “ ooo, name saye Abd Rahman” jawab pemuda, Tuah bertanya lagi,”dan gadis ini siapa tuan hamba”. ‘’ yang ni makwe dan juga tunang saye, tak lama lagi kami khawin, bulan depan” sambil pemuda itu memandang kearah gadis manis tersebut sambil tersenyum. Tuah pun memberikan nasihat. “tuan hamba, perbuatan tuan hamba sebenarnya salah karana tuan hamba bersama-sama gadis yang belum lagi milik tuan hamba, tuan ha….” Belum habis lagi Tuah bercakap pemuda tersebut dah memotong kata-kata Tuah dengan keras, “hello bro, ko sapa haa, dari jabatan agame mane?dari jakim? kami bukannya nak uat pepun, kami dah tunang, so biarlah apa kami nak buat ape, ko sibukkk buat pe? Nampak penumbuk aku ni, nak lebam biji mata kau?.. keadaan menjadi kecoh, orang berkerumun di kawasan tersebut termasuk ustaz yang menjadi imam tadi.

Tiba-tiba sepasang suami datang dan bercakap, “eh man, pe jadi ni? suda-suda”, tanya perempuan kepada pemuda tersebut. “tak mak, orang ni kuang aja, cakap melalut tak tau mende? “ Cakap pemuda tersebut, Tuah pun bercakap dan memberitahu ibunya yang perbuatan anaknya salah. Kemudian ibu pemuda pun bercakap, “hei engkau ni sapa? orang gila, aku mak dia, pedulila ape yang dorang nak buat, lagipun dorang nak khawin, ingat ni anak engkauuu, kau jangan nak masuk campo, fahammm!!!, kurang aja,”, kemudian mereka pun pergi meninggalkan Tuah, orang ramai beransur-ansur meninggalkan kawasan tersebut.

Tuah terpacak seketika dan beredar dari kawasan itu, sehinggalah Tuah berhenti di betul-betul tugu negara. Tuah duduk dan memikirkan nasib bangsanya, cuba menahan rasa kesedihan yang tidak tertahan, perasaan gerammm, marahhhh. Tuah geram dan marah bukan kerana apa, tuah geram dan marah kerana orang melayu sekarang dah lupa, dah lupa adab bangsa yang dipegang sejak turun temurun, dah lupa hukum yang dipegang. “aarrrrgghhhh tidakkkk, kenapa anak bangsaku sedemikian, apakah pemuda dan gadis itu tidak tahu hukum agama??? Apakah orang tuanya mendidik sedemikian????? Apakah ustaz tidak melakukan apa-apa???, apakah orang ramai membuta dan tidak mempedulikan keadaan ini setiap hariii???Apakah mereka ini pekak, bisu, buta, dunguu?? Arrrghhh tidak, tidak, tidak, siapakah gerangan yang patut disalahkan“, jerit Tuah dalam hati. Pengalaman Tuah bersama dengan orang-orang melayu zaman ini sangat menyakitkan, lebih menyakitkan dari hukuman sultan yang dijunjungnya, lebih menyakitkan dari 100 tikaman pedang panglima siam, dan lebih menyakitkan dari pengalaman perasaannya terhadap puteri gunung ledang, retno dumilla gusti puteri.

Bukan kerana hamba dicaci,bukan kerana hamba dimaki dan bukan juga kerana hamba disakiti oleh orang melayu zaman ini, tetapi kerana hamba sedih melihat bangsaku, hamba sedih melihat saudaraku. Saudaraku, SAUDARAKU, kalian telah kehilangan sesuatu YANG nenek moyangmu cuba pertahankan, Tuah merintih, sedih dan tidak bermaya, badan Tuah terasa longlai seakan bertarung dengan 500 panglima siam, Tuah terbaring memandang langit, titisan air mata Tuah jatuh ke bumi. Sejenak Tuah teringat budi pekerti yang ditunjukkan pemuda Melaka, bagaimana mereka melayan kedua orang tua mereka, diingatnya juga kesopanan dan kelembutan anak gadis melayu zamannya, teringatlah juga ketika dia dan sahabatnya bersatu untuk menghapuskan lanun, indah sekali untuk dibayangkan, sekurang-kurangnya dapat mengubat sejenak kesedihan Tuah, dalam keadaan itu, tiba-tiba awan menjadi gelap, halilintar sabung menyabung, Tuah ketawa dalam hiba memikirkan nasib bangsanya zaman ini, kemudian Tuah berpantun:

Nahkoda jawa belayar ke China,
Hilangnya kemudi jauh ke India,
BANGSA KU JUNJUNG BANGSA KU CINTA,
RUPANYA ENGKAU LENYAP DI DUNIA.

Dettummmm!!!!! Tuah disambar kilat dengan tiba-tiba dan lenyap begitu sahaja. Tuah meninggalkan kita dengan penuh kekecewaan, kesedihan dan perasaan yang kesal dan hiba.

From ~ Mohd Azrizan

Thursday, April 23, 2009

Tiga Sahabat...

Al-kisah, pada suatu masa dahulu terdapat 3 kanak2 yang bersahabat baik, mereka ini bolehlah dikatakan tidur sebantal dan makan sepinggan(tapi lauk teda). Kanak-kanak yang pertama bernama exora (proton suka nama ni so dia amik), kedua bulian (tu sebab pokok ada nama ni sebab dia suka tebang) dan yang ketiga tembaga (nama besa jak).

Dikisahkan, pada masa itu, masyarakat suka sangat mempelajari seni pertahankan diri tua, muda, lelaki dan perempuan tidak kira lapisan masyarakat sekalipun. Pada satu hari ketiga-tiga sahabat ini mendengar terdapat seorang guru silat yang sangat terer dan sedang bertapa di table (satu tempat peranginan di Tawau). So apalagi bulian pn cakap, ”exora, tembaga jum kita p belajar silat, kata dorang guru tu sangat hebat”. Maka tembaga pun cakap, ” la mana kau tau, dia bukan bertapa tu, tapi makan angin jak, lagipun kita tiga suda ada silatkan, baik kita belajar ilmu lain pulak, cam ilmu sains ka, matematikka, geografika, sejarahka ( masa 2 hangat diperkatakan ckg murni memang terer) aku dengar di harvard dan oxford ada ajar benda ni. Tetapi exora mempunyai pendapat sama dengan bulian. Dipendekkan cerita ketiga sahabat ini pun pergi ke haluan masing-masing, exora dan bulian pergi belajar silat dan tembaga pergi melanjutkan pelajaran.

Setelah beberapa belas tahun kemudian maka tamatlah exora dan bulian belajar silat, nama mereka di kampung tu(kalabakan, merotai, TM, umas2, dumpas dan lain-lain) sangat dikenali sebab ketereran mereka, banyak lanun penjahat ditewaskan, sehinggakan rakyat jelata menyanjungi mereka, ”hidup exora, hidup bulian” Boleh dikatakan lebih terer dari lima bersahabat(my guess), Sedangkan tembaga pula tak tau kabar berita (pedulila ari tu org ajak bljr silat ndak mau). Satu masa, ketika itu dunia dijajah oleh kuasa barat, banyak negara yang hebat2 dijajah seperti china dan melaka, mereka ingin meluaskan kawasan jajahan dikampung mereka. Maka berebut-rebutlah penjajah ini mau menakluki kawasan tersebut, pada mulanya sukar untuk menembusi benteng kampung disebabkan ketereran kedua-dua sahabat ini, sehinggala penjajah membawa sekutu mereka dengan membawa kapal perang sebanyak 500 buah dan setiap kapal boleh membawa 500 orang.

Maka pertempuran hebat pun berlaku di tanah merah ( dulu tanah merah warna dia putih sebab banyak darah maka tanah bertukar menjadi merah). Walaupun kedua-dua sahabat dan pengikutnya berjuang habis-habisan tetapi amarah tentera penjajah begitu menakutkan mereka, banyak pejuang yang terkorban sehinggalah satu ketika mereka tewas dan ditangkap. Tetapi sultan ketika itu, tidak rela untuk melepaskan takhta, maka sultan pun berunding dengan pihak penjajah, agar dibuat pertarungan yang lain. Melihat kepada peluang ini, penjajah pun bersetuju agar dibuat pertarungan ilmiah. Hanya satu soalan iaitu matematik. Sultan yang ketika tiada pilihan. Penjajah tidak kisah sebab dia pikir dorang paling bijak dan dia melihat di kampung tu tiada siapa yang dapat menjawab soalannya. Maka sultan pun meminta agar kedua sahabat tersebut dibebaskan sebab dorang paling bijak.

Maka pertarungan pun bermula, rakyat jelata dari pelusuk tempat berkumpul di tapak perhimpunan SMKMB, maka pihak penjajah pun mengemukakan soalan. Ladies n gentlemn, dis is a simple question. I want the smarter among f u must be translates da numbers to our language. Maka soalannya begini satu tolak satu (1-1). Maka kedua-dua sahabat ini pun gelak. ”Hahahaha senang baitu, goreng pun sedap”. Maka exora dan buaian pun sepakat dengan jawapannya. ”Dis is a answer 4 ur question. Da answer is one push one”. Maka rakyat pun bertepuk tangan, bersorak dan tidak menyangka kedua sahabat ini terer dalam BI, ”hidup exora, hidup bulian”, pihak penjajah pun terdiam. Setelah keadaan tenang, maka giliran penjajah pula gelak habis-habisan disebabkan jawapan tersebut. Dikisahkan ada yang mengangis dan pengsan kerana ketawa dan tidak menyangka orang yang dikatakan bijak begitu bodoh!!! bodoh!!! Sekali ”mati exora, mati bulian” (eeeeeiii geram).

Maka penjajah pun mengesahkan mereka menang dan layak mengambil negeri tersebut. “Ladies dan gentlemen, by withness our god and our people, da victory on our side, ur kingdom would be….”, “ waiittttt!!!!!” sapa gerangan punya suara yang mengganggu. Kemudian keluarlah lelaki gagah mempunyai tubuh tap dan mempunyai wajah yang hensem cam model, dan seri muka yang menampakkan keperibadian dan ilmu yang tinggi(dia banyak guna fair n loply ) “wait da competition has just begun, im ur real opponent, gve me a thousands f question that u have”

Sapa gerangan lelaki berlagak ni. Pihak penjajah pun gelak dan berfikir kalau orang bijak di kg ni tkdpt jawab apalagi pekebun ni. “wh r u young man?” “im just farmer”, “ok poor, if u wnt tht so, I gve u just ten questions” maka pertandingan pun bermula, satu persatu soalan diberikan dan dijawab dengan senang meliputi semua topik matematik, sains, pengajian am, sejarah, perdagangan dan lain-lain (ckgu CT Murni, Ck Rabe kagum). Sehinggalah soalan yang kesepuluh, penjajah menukar peraturan agar pemuda tersebut bertarung dengan 10 orang panglima kanan ketua penjajah tersebut. Sultan, kedua-dua sahabat dan rakyat jelata pun risau.

Tetapi pekebun tersebut hanya tersenyum sinis dan menyatakan “OK ba kalau kau”, pertarungan pun bermula antara pekebun dan 10 orang panglima. Pekebun dikepung oleh 10 orang panglima, “haikkk, waca, uhhh, aahh, aaauuuuu”, pertarungan begitu sengit, pekebun melompat, menikam, menusuk. Akhirnya kesembilan panglima tersebut tumbang, seorang panglima lagi cuba menusuk pekebun dari belakang dan, dannn!!. Oh ya dan akhirnya pekebun mengambil tombak dan menusuk kearah panglima yang terakhir. Panglima tersebut terhuyung haying jatuh dan menggelepur. Hang tuah ketika itu yang datang dengan penerbangan tambang murah sangat kagum dengan ketangkasan pekebun. Rakyat jelata pun bersorak, gembira, lantas sultan bangun bertepuk tangan. Melihat keadaan itu askar2 beserta ketua penjajah ketakutan dan lari bertempiaran ke arah kapal mereka. Ada yang ditangkap dan ada yang dihukum. Maka kemenangan berada pada pihak sultan.

“tahniah, tahniah!!!” itulah ucapan yang diberikan oleh sultan, kemudian sultan menanya sapa gerangan pekebun tersebut. Sayalah tembaga sahabat kepada exora dan bulian”
“ haaaa!!! Apa dia kau tembaga” "hidup tembaga" RAKYAT BERSORAK

Haaaa cita abis....
Da moral of story.
Knowledge : most important 2 us. Don’t ever ever ignore it, be prepare, be smart..

By ~ Mohd Azrizan

Kelebihan Surah Yassin...

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

* Perkongsian ilmu ~ LHS

Monday, April 20, 2009

From Mohd Azrizan...

Hai kawn2 abah saya...

abah saya rindu kat kwn2 lama tingktn enam 2

dia ckap pengalaman manis dia kt tingktn enam macm baru smlm dilalui

pck wan, pck pajil, pck mat, pck lokman, pck sukurrrrr, pck syarifah aini(wan iban),

pck nakal(saiful), pck sudir, pck syukri, pck pian dan byk pck lg,

mck mini, mck jannah, mck narti, dan byk lg,

abah ckp, jgn lupakan abah sbb dia selalu rindu kat pck n mck

n satu g, abah mmg hensemla time muda lu

tk cy tgk gmbr laki ting 6 rendah...

Thursday, April 2, 2009

Member Profile...

Salam... To all my friend... please update your profile...
just simple

1. Present & Permanent Address
2. Phone No.
3. Status (Married/Bachelor/...)
4. Study @ Jobs (Company Name/...)
5. New Picture
6. Emel address
6. What ever lahhh (add your own...)

* Please Send your update profile to our email
at enamatas2@gmail.com

* Thanks


LHS

Monday, March 16, 2009

Perniagaan Internet @ Online...

Salam sejahtera....,

Tahukah Saudara/ri bahawa perniagaan internet merupakan perniagaan
masa hadapan? Sedar tak sedar, semakin banyak urusan yang
mengunakan internet.Ia sebenarnya menjimatkan kos dan masa
bagi menguruskan sesuatu.

Begitu juga dengan perniagaan internet. Ia boleh menjimatkan
masa Saudara/ri dan wang untuk mendapatkan barangan yang Saudara/ri inginkan.
Kamera, komputer, telefon bimbit dan pelbagai barangan boleh
didapati dengan harga yang lebih murah di internet.

Hari ini, semakin ramai anak muda menceburi bidang perniagaan
internet. Bahkan ada budak belasan tahun telah berjaya mendapat
puluhan ribu ringgit menerusi perniagaan yang dilakukan
ketika masa lapang selepas balik dari sekolah.

Saudara/ri, tidak terfikir untuk melakukan benda yang sama? Bekerja
dari rumah dan menikmati pendapatan ribuan ringgit mengalahkan
gaji seorang pengurus?

Perniagaan internet memang menguntungkan kerana potensinya yang
menjangkaui sempadan. Saudara/ri boleh mendapat pelanggan dari
serata dunia dari rumah anda sahaja. Perniagaan apa yang boleh
anda lakukan?

Terdapat ratusan jenis perniagaan internet yang anda boleh mulakan
dengan kos yang rendah. Malah saya mulakan perniagaan saya pada
tahun 2007 dengan kos serendah RM30. Kini perniagaan online saya
memberikan pulangan yang lumayan setiap bulan.

Saya hanya melakukannya hanya dari rumah!

Anda boleh layari

http://onlinejobhomebusines.blogspot.com/

Ia adalah satu ebook jualan semula perniagaan yang boleh anda
lakukan dari rumah. Malah ia turut disertakan dengan beberapa
ebook percuma agar dapat membantu anda memulakan perniagaan
internet anda yang pertama.

Bertindak sekarang! Jangan sampai idea anda dikebas orang.

Saya telah berjaya membantu beberapa individu memulakan perniagaan
internet mereka. Izinkan saya membantu anda pula.

http://onlinejobhomebusines.blogspot.com/

Ikhlas,
Luqiem
Online Job @ Home Business

p/s: “Wang Bukanlah Segala-galanya, Tetapi Segala-galanya memerlukan Wang”.

Wednesday, March 11, 2009

Malaysia School Alumni - Jom Daftar

Assalamualaikum...

Kepada kawan2 yang teringin nak jadi ahli kelab ALUMNI SMKMB so... just klik kat alamat ni.. x pun taip jer semula...


http://www.smkmerotaibesar.edunet.my/6_3.html

Pas tu klik kat JOINT NOW...

So selamat mendaftar....

From Jannah...

Assalamualaikum, hai kawan2 semua...rindu kat korang semua,myb saya kot yang orang paling last tau blog tentang kelas kite ni...hehehe,saya xde gmbr ayu mcm c mini tu...jane(Nurjannah) u all still remember me?




Kursus kt maktab Bakri Muar, Johor...


Kursus kt maktab Bakri Muar, Johor...


ramai adik angkat i...

Thursday, March 5, 2009


YOU HAVE THE PHENOMENAL POWER TO LIVE YOU DREAMS, IF YOU WILL ONLY CONTROL YOU THOUGHTS.......
by...
Min'z....