Friday, June 19, 2009

Tips Berjaya Temuduga...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin bertanya dengan Anda
berapa kali Anda gagal dalam temuduga?

Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan Anda itu tidak penting.

Memang ramai di antara kita sering gagal dalam temuduga
terutamanya temuduga bagi sektor awam. Saya sendiri juga pernah
mencapai kegagalan dalam temuduga beberapa kali.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
Anda menganggap Anda tidak akan dapat
kejayaan pada masa akan datang?

Mengapa kita boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk Anda . Punca
kenapa Anda gagal berulang kali dalam temuduga
dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan
yang telah dilakukan dalam temuduga sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan
persiapan menghadiri temuduga

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas
mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus
asa.

Kini, Anda perlu keluar dari kisah kegagalan
Anda yang telah dialami dahulu. Lupakan kekecewaan
yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup
Anda . Usah dikenang yang lama, kelak merana
diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan
yang lalu, Anda akan memulakan langkah menuju ke
arah KEJAYAAN – iaitu berjaya mendapat kerja di sektor
awam. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ubah cara dan strategi persiapan Anda dalam
menghadapi temuduga. Jika sebelum ini Anda suka
membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat
persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini Anda
tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat,
kini buat perancangan teliti. GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL. Pegang kata-kata tersebut!
Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat
perancangan. Ambil masa membuat perancangan, kerana
dengannya Anda akan dapat menjimatkan masa,
meningkatkan kualiti dan juga menjimatkan kos (dalam
membuat persediaan temuduga). Dan juga outputnya (kekuatan
anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri
temuduga kelak.

2. Usah membuang masa lagi tercari-cari sumber rujukan yang
sesuai untuk menghadapi temuduga. Buka je internet,
cari..Insyallah banyak info yang diperlukan Anda
akan dijumpai. Sebagai contoh, jika Anda taip
perkataan ”temuduga” di google search, pasti
Anda akan menjumpai ebook Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan ini :). Kan Anda dikira beruntung.
Tidak perlu lagi tercari-cari di kedai buku, tercari-cari
kawan untuk bertanya, pegi sana sini yang mana semuanya
merugikan masa Anda. Suatu info yang tepat
berkenaan apa yang diperlukan oleh Anda sudah
pasti amat menguntungkan!

3. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba Anda
fikirkan, apakah sebabnya Anda gagal dalam
temuduga yang lepas. Cuba bayangkan sesi temuduga yang lalu
di fikiran Anda. Adakah dulu Anda sudah
membuat yang terbaik dalam temuduga? Jika ya, cuba fikirkan
pula, adakah Anda memberikan persembahan menarik di
mata penemuduga pula. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan
yang serupa. Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri,
kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting FIKIRKAN
BOLEH. Seperti lagu popular tahun 80-an:

” Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.....”


4. Jangan biarkan Anda menjadi lemah semangat dek
kegagalan yang lalu. Dalam Islam pun kita diajar supaya
jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat.
Jika Anda lemah semangat, satu kerja pun tidak
menjadi. Oleh itu, usah biarkan Anda hilang
semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi
mencapai cita-cita Anda iaitu bergelar penjawat
awam. Jika Anda kehilangan semangat, selalulah
berdoa kepada TUHAN moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA
bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah
kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk Anda
mendapat kejayaan yang akan mendatang. Satu tips menarik
dari saya, jika Anda hilang semangat, apakata
dengar lagu XPDC yang bertajuk Semangat Yang Hilang :).
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat
Anda dalam menghadapi temudga sekali lagi.

Itulah serba sedikit tips dari saya buat kali ini. Saya
berharap semoga tips dari saya ini dapat membantu
Anda dalam menghadapi temuduga nanti. Apapun KITA
HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai
kesudahan segala usaha Anda dalam memburu kerjaya
di sektor awam. Insyallah ada rezeki, tahun ni Anda
berjaya menjawat jawatan di sektor awam.
Sekian, terima kasih

No comments: