Thursday, July 31, 2008

Bimbingan Asas Fardhu Ain

Assalamua'laikum...

Anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan asas fardhu ain secara ringkas dan padat...

Sila buka emel yang diberikan untuk maklumat lanjut...

Sekian Terima Kasih

Dari: LHS

Pajil Art Collection...


Tentu semua kawan2 masih ingat dengan gambar ni... ni lah gambar yang ada pada baju kita masa belajar dulu... hah! dah ingat... ni adalah hasil lukisan saudara kita Pajil... Pajil, apa khabar sekarang?


Mungkin ada yang dah tak guna baju ni.. simpan ataupun dah dipakai oleh waris-waris yang lain... tapi tak pe lah ... biasa la kan.. baju tu pun dah lama sangat, dalam empat tahun... kalau nak pakaipun, mungkin dah tak muat, sebab masing-masing dah besar kan...


just nak share je ngan kawan2 gambar ni...

From: LHS

Wednesday, July 30, 2008

Tahun 2008, 'TAHUN MEDIA'

Adakah anda tahu bahawa tahun ini, iaitu tahun 2008 merupakan tahun media. Tentu ada diantara anda yang sedia maklum dengan maklumat ini. Apapun, melalui pembacaan saya merujuk kepada sebuah majalah mingguan untuk mendapatkan maklumat ini. Agak menarik juga untuk kita bincangkan mengenai topik ini.

Apa tidaknya, jika anda seorang yang peka dengan dunia media, sudah pasti anda salah seorang yang merasai bahangnya, lebih-lebih lagi semasa Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Penggunaan media cukup hebat, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menyebarkan maklumat tertentu untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan terkini. Tak kurang juga ada pihak yang mengambil kesempatan.

Peranan ‘Blogspot’ misalnya banyak digunakan dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada pengguna. Jika dahulu ramai diantara kita tidak ambil kisah dengan peranan media ini, tapi kita boleh lihat sekarang, bukan mereka yang mahir dalam bidang IT sahaja yang mampu memiliki Blog, malah anda juga mampu memilikinya, baik secara percuma mahupun membinanya sendiri. Mahu dengan tidak saja!

Memandangkan ini tahun media, maka saya juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama yang lain untuk memanfaatkannya. Dengan peranan media yang besar, sudah pasti ia mampu memberi kesan dalam hidup anda. Malah melalui media juga boleh mengangkat dan menjatuhkan seseorang. Sebagai contohnya, seseorang artis boleh menjadi terkenal dengan menyiarkan gambarnya atau kejatuhan sesuatu produk atau individu berlaku akibat membongkarkan keaibannya.

Oleh itu, media jangan sekali-kali kita bermain dengannya, jangan memperkecilkannya, jangan memperlekehkannya, sebaliknya kita gunakan peluang yang ada untuk tujuan yang bermanfaat kepada masyarakat. Kepada mereka yang membuka perniagaan walau sekecil manapun produk anda, gunakanlah media sebagai satu medium untuk anda memperkenalkannya kepada orang ramai. Jika anda memiliki sebarang produk mahupun berniaga sesuatu pastikan anda meletakkan iklan di dalamnya untuk memperkenalkan perniagaan atau produk anda secara meluas.

Ramai juga kita dengar peniaga-peniaga mengeluh kerana perniagaan mereka mulai merosot, tetapi mereka tidak menyedari bahawa peniaga lain sudah melangkah jauh dengan menggunakan platform media. Maka dengan itu, jangan tunggu lagi dan cuba cari jalan untuk menggunakan media dan tempat pengiklanan untuk meningkatkan prestasi anda.

Membuka perniagaan adalah satu langkah baik dan membuka ruang mempromosikan perniagaan adalah satu langkah bijak kerana perniagaan anda bakal berkembang dengan meluas. Jangan anda mengatakan produk anda tidak layak untuk ditempatkan dalam internet atau dalam ruangan iklan yang lain. Sebaliknya, carilah peluang ini untuk lebih berjaya.
Tahukah anda bahawa ruangan blogspot adalah percuma? Cuma mungkin anda kekurangan idea kreatif untuk mencipta ruangan iklan yang berkesan, itu anda tak perlu risau, anda boleh dapatkan nasihat dan khidmad tersebut kepada mereka-mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Malah dalam blog saya sendiripun anda boleh lihat iklan-iklan dan produk-produk pengiklanan, anda juga boleh berbuat demikian dengan mengiklankan produk anda... Apa yang paling penting adalah anda perlu sedar bahawa kuasa media adalah besar dan anda telah membuat satu langkah untuk mengambil peluang ini.

Saya sendiri turut mengambil pendekatan yang sama dengan membina blog ini untuk memanfaatkan peluang media yang ada. Melalui blog ini saya boleh mengadakan perbincangan, forum, soal-jawab, menjana pendapatan, ulasan dan sebagainya. Tidak ada yang salah, sebab blog ini adalah hak peribadi. Terpulang kepada saya untuk memanfaatkannya atau tidak selagi tidak melanggar undang-undang. Bagaimana pula dengan anda? Masih ragu-ragu…

Anda jangan bimbang, sejak awal saya sudah menyatakan bahawa tahun 2008 merupakan tahun media. Bagaimana saya tahu, tahun ini tahun media? Saya tahu tahun ini tahun media melalui saluran media itu sendiri…

Untuk pengetahuan anda, melalui kaedah sains metafizik, tahun 2008 mempunyai angka 2 (iaitu metaforanya adalah suara) dan angka 8 (api atau elektrik), iaitu secara tafsirannya adalah menggunakan suara secara elektronik dengan kata lainnya ialah promosi atau pengiklanan, seperti pengiklanan internet, televisyen dan radio serta media cetak. Kajian kitaran dan pola yang lain pula banyak menunjukkan tahun “8” ada kaitan dengan kekuatan peranan media di dalam tahun-tahun tersebut.

Dengan itu, saya juga tidak ketinggalan dalam tahun 2008 ini untuk menggunakan media secara sepenuhnya. Jika anda bercita-cita untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun, maka jangan lepaskan peluang ini. Tahun 2008 adalah tahun media!

Sekian…
Oleh; lokman Hakim

"MASA"


MASA - RABBANI

Masa Ibarat Nyawa Bagi Manusia,
Mestilah Diurus Dengan Bijaksana,
Hargailah Masa Dengan Sebaiknya,
Supaya Tidak Rugi,

Renungilah Masa Yang Telah Berlalu,
Ia Tak Akan Boleh Datang Kembali,
Ambillah Ikhtibar Untuk Diteladani,
Agar Terbentuk Peribadi Yang Murni,

Isilah Masa Jangan Dipersiakan,
Rancanglah Dengan Teliti Dan Berkesan,
Ilmu Dicari Luaskan Pengalaman,
Ibadat Dilupa Jangan,

Perjalanan Masa Tak Menunggu Kita,
Semakin Lama Usia Bertambah Tua,
Bertuah Kita Jika Dapat Mencapai,
Umur Dan Amalan Seiring Usia,

Masa Muda Jangan Ikut Perasaan,
Masa Tua Biasanya Serba Tak Senang,
Datang Bermacam Sakit Yang Tak Diundang,
Mulakan Ibadah Dari Sekarang,

Hidup Dibina Berlandaskan Kebenaran,
Semoga Pulang Dengan Hati Yang Tenang,
Masa Di Dunia Hanyalah Sementara,
Masa Di Akhirat Kekal Selamanya,

Marilah Tunaikan Kewajipan Kita,
Pada Yang Maha Esa,
Masa Tidak Akan Merugikan Kita,
Bila Diatur Dengan Penuh Sempurna,
Seperti Yang Tuntut Oleh Agama,
Hidup Pastikan Sejahtera Selamanya…

Doa

“ALLAHUMMA INNI A’UZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN WA A’UZUBIKA MINAL A’ZIWALKASAN WA A’UZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI WA A’UZUBIKA MIN GHALABATID DAIN WA KOHRUL RIJAL”

“YA ALLAH AKU BERLINDUNG DARIPADA KERESAHAN DAN KESEDIHAN, AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH, DARIPADA SIFAT MALAS DAN JUGA LEMAH DAN AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH DARIPADA SIFAT PENAKUT DAN JUGA BAKHIL, AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH DARI BEBAN HUTANG”

Salam Ukhuwah


Salam sejahtera untuk semua….

Segala puji bagi Allah kerana memberi kesempatan dan kekuatan kepada kita untuk terus hidup menghirup udara-Nya tanpa meminta sedikitpun bayaran balik daripada kita selaku hamba-Nya.

Jadi kita patut tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah, tuhan pencipta alam semesta, tanpa kebenaran-Nya maka sudah pastilah kita tidak mampu untuk bercakap, membaca dan sebagainya, kerana kita tiada daya untuk melakukan semua itu, hanya dengan kudrat dari-Nya sahaja kita boleh membuat pelbagai perkara. Justeru kita kembali kepada Allah dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana Allah semata-mata.

To All My Friends,

Perkembangan dunia ICT telah mendesak kita supaya sentiasa bersaing dalam pelbagai bidang dengan menggunakan kemudahan jalur lebar seperti internet dan sebagainya. Mungkin kita sudah jauh ketinggalan, kerana baru nak berjinak-jinak dengan dunia ICT ini, terutama laman blog khas ini.

Bercerita tentang blog, saya dalam proses pembinaan dan mengendalikan sebuah laman blog khusus kepada rakan-rakan sekolah dahulu terutama kepada bekas pelajar Enam Atas Dua Al-Khawarizmi tahun 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar, Tawau Sabah. Antara lain blog ini bakal mengeratkan semula hubungan persahabatan antara rakan pelajar yang telah lama terpisah dan tiada langsung khabar berita.

“Yang Jauh Kita Dekatkan, Yang Dekat Kita Mesrakan, Yang Mesra Kita Serasikan”

Blog yang saudara/saudari sedang baca ini, merupakan blog khas untuk kita…. Rakan pelajar 6 Atas II Al-Kahwarizmi seperti nama glamor korang di bawah ni :

Dir/Reng, As-Sahar, Ucops, Luqman, Adiey, Jays, P-Yan, Roy-B, Wans, Sukur, Sha, Mins, Marz, Jans, Tomst9512, Farra, Atiq, Lisa, Syuk, Elan, Pajil, E-Yan-T, Aidah, CT-K, S-Nie, Leekidal, Chik, Rubi, BB Azlyn, Zah-Cu, Har, One-Black, Matt, C-Pun’A, Jirah, Nia, Kartini, Lia Chiew Lee, Azri.

Kepada rakan-rakan yang tidak tersenarai nama mereka, tetapi merupakan bekas pelajar 6 atas 2, mohon kepada yang berkenaan untuk memaklumkan kepada saya.

Blog ini juga khusus ditujukan kepada tenaga pengajar kita, terutama guru kelas kita yang dihormati Cikgu Siti Murni, serta guru-guru yang mengajar subjek-subjek tertentu semasa di tingkatan enam dahulu seperti Miss Mimie, Ckg. Rabe, Ust. Mappiase, Ckg. Rudy, Pn. Azah, Pn. Asnizah & Pn. Juriaty. Mudah-mudahan guru-guru kita nanti dapat memberi beberapa pandangan tentang kerjaya dan sebagainya.

Blog ini juga berperanan sebagai saluran maklumat terkini kepada semua ahli untuk mengetahui perkembangan terkini tentang diri dan keluarga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutama secara berkumpulan dan sebagainya.

Selain itu, blog ini juga kita bakal gunakan sebagai medium perkongsian pelbagai maklumat seperti keagamaan, motovasi, kerjaya dan pekerjaan, hobi, pendidikan, kekeluargaan, foto album, gambar-gambar, pandangan umum, ucapan, kritikan, isu semasa, memo, pengiklanan, promosi, peringatan dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata semua ahli boleh menghantar sebarang artikel dan gambar yang dirasakan bersesuaian untuk dikongsi bersama, melainkan artikel dan gambar yang berunsur fitnah, sensitif, penipuan dan apa-apa sahaja artikel atau gambar yang tidak sesuai dan boleh menjatuhkan seseorang. Setiap artikel dan gambar merupakan tanggungjawab setiap ahli yang menghantarkannya.

Sebagai pengendali laman blog, adalah tanggungjawab saya untuk memastikan segala artikel dan gambar yang di hantar dapat membantu semua rakan ahli yang lain dapat manfaat daripada artikel tersebut. Oleh yang demikian, setiap ahli hanya dibenarkan menghantar artikel dan gambar sahaja dalam blog ini dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedit atau mengubah apa-apa tema-tema dan nama blog yang sedia ada.

Kepada rakan ahli yang mahir dalam rekaan grafik, saya alu-alukan pandangan dan sumbangan saudara/saudari untuk manfaat kita bersama.

Untuk memudahkan semua ahli akses atau masuk ke laman blog ini, saya akan memberikan kata laluan kepada setiap ahli supaya mudah untuk menghantar sebarang artikel dan gambar secara terus. Kata laluan ini adalah rahsia dan sulit, dan hanya diberikan kepada ahli blog sahaja.

Akhir kata untuk yang pertama kalinya, saya ucapkan selamat datang kepada semua rakan saudara/saudari untuk memanfaatkan laman blog khas kita ini. Saya menjemput anda saudara/saudari memberikan buah fikiran atau apa sahaja informasi untuk kegunaan kita bersama.


Jom kita blog laman blog kita ni…

Sekian dan Terima Kasih, jumpa lagi di lain artikel,.

Yang Benar,

Lokman Hakim @ LHS

(017-4172681)

luq_qiem@yahoo.com

lokmanhakims@gmail.com

Thursday, July 17, 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera