Monday, June 22, 2009

Utk Kwn2 Semua

SALAM kpd smua...aq ni c tomok hahaha... aq nak bgtau u all i'm pregnant now... doa2 kan aq slmt nanti ahh... raya jgn lupa dtg uma...aq pelawa nti klu nak wat reunion wat kat uma aq lah ehh... apa2 hal nti inform k daaaa

Friday, June 19, 2009

Tips Berjaya Temuduga...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin bertanya dengan Anda
berapa kali Anda gagal dalam temuduga?

Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan Anda itu tidak penting.

Memang ramai di antara kita sering gagal dalam temuduga
terutamanya temuduga bagi sektor awam. Saya sendiri juga pernah
mencapai kegagalan dalam temuduga beberapa kali.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
Anda menganggap Anda tidak akan dapat
kejayaan pada masa akan datang?

Mengapa kita boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk Anda . Punca
kenapa Anda gagal berulang kali dalam temuduga
dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan
yang telah dilakukan dalam temuduga sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan
persiapan menghadiri temuduga

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas
mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus
asa.

Kini, Anda perlu keluar dari kisah kegagalan
Anda yang telah dialami dahulu. Lupakan kekecewaan
yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup
Anda . Usah dikenang yang lama, kelak merana
diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan
yang lalu, Anda akan memulakan langkah menuju ke
arah KEJAYAAN – iaitu berjaya mendapat kerja di sektor
awam. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ubah cara dan strategi persiapan Anda dalam
menghadapi temuduga. Jika sebelum ini Anda suka
membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat
persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini Anda
tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat,
kini buat perancangan teliti. GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL. Pegang kata-kata tersebut!
Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat
perancangan. Ambil masa membuat perancangan, kerana
dengannya Anda akan dapat menjimatkan masa,
meningkatkan kualiti dan juga menjimatkan kos (dalam
membuat persediaan temuduga). Dan juga outputnya (kekuatan
anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri
temuduga kelak.

2. Usah membuang masa lagi tercari-cari sumber rujukan yang
sesuai untuk menghadapi temuduga. Buka je internet,
cari..Insyallah banyak info yang diperlukan Anda
akan dijumpai. Sebagai contoh, jika Anda taip
perkataan ”temuduga” di google search, pasti
Anda akan menjumpai ebook Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan ini :). Kan Anda dikira beruntung.
Tidak perlu lagi tercari-cari di kedai buku, tercari-cari
kawan untuk bertanya, pegi sana sini yang mana semuanya
merugikan masa Anda. Suatu info yang tepat
berkenaan apa yang diperlukan oleh Anda sudah
pasti amat menguntungkan!

3. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba Anda
fikirkan, apakah sebabnya Anda gagal dalam
temuduga yang lepas. Cuba bayangkan sesi temuduga yang lalu
di fikiran Anda. Adakah dulu Anda sudah
membuat yang terbaik dalam temuduga? Jika ya, cuba fikirkan
pula, adakah Anda memberikan persembahan menarik di
mata penemuduga pula. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan
yang serupa. Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri,
kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting FIKIRKAN
BOLEH. Seperti lagu popular tahun 80-an:

” Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.....”


4. Jangan biarkan Anda menjadi lemah semangat dek
kegagalan yang lalu. Dalam Islam pun kita diajar supaya
jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat.
Jika Anda lemah semangat, satu kerja pun tidak
menjadi. Oleh itu, usah biarkan Anda hilang
semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi
mencapai cita-cita Anda iaitu bergelar penjawat
awam. Jika Anda kehilangan semangat, selalulah
berdoa kepada TUHAN moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA
bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah
kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk Anda
mendapat kejayaan yang akan mendatang. Satu tips menarik
dari saya, jika Anda hilang semangat, apakata
dengar lagu XPDC yang bertajuk Semangat Yang Hilang :).
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat
Anda dalam menghadapi temudga sekali lagi.

Itulah serba sedikit tips dari saya buat kali ini. Saya
berharap semoga tips dari saya ini dapat membantu
Anda dalam menghadapi temuduga nanti. Apapun KITA
HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai
kesudahan segala usaha Anda dalam memburu kerjaya
di sektor awam. Insyallah ada rezeki, tahun ni Anda
berjaya menjawat jawatan di sektor awam.
Sekian, terima kasih

Tuesday, June 2, 2009

Apa Kabar Korang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama aku rasanya tak menulis kat dalam blog ni, aku perasan sibuk dengan pekerjaan aku… walhal aku bukanlah seorang penulis… sekadar membaca apa yang ditulis… tapi entah kenapa tergerak hati aku nak menulis…

Alhamdulillah… tahniah diucapkan kepada sahabat kita saudara Pajil, selamat dijabkabulkan dengan pasanganya pada 29-Mei-2009 yang lepas… if ada gambar share la Pajil… aku pun nak kenal juga orang rumah kau tuuu… aku minta maaf sebab tak dapat nak datang… jauh tu bro… kira bukan rezeki aku laa… baru-baru ni aku ada call si Pajil… sekitar 1-2 Mei macam tu laa… rupanya dia da balik ke Umas-Umas… demam katanya… al-maklum lah baru kahwin… Menurutnya lagi, kenduri di pihak lelaki insya-allah akan dibuat pada bulan September, mungkin pada raya yang ke-7 atau entahlah… nanti la.. belum muktamad lagi… memang aku teringin sangat nak pegi time tu… bukan apa… aku kan membesar kat situ… so rindu kat tempat tu… dan korang-korang semua…

Rasanya dah hampir enam tahun aku tinggalkan Sabah… first sebab aku sambung belajar kat UUM… lepas tu pulak family aku pun berpindah tempat kerja, kat Pahang… so x berkesempatanlah aku nak balik Sabah time tu…

Menurut orang kampong yang menetap di Felda Umas-Umas, katanya telah banyak perubahan yang berlaku… entah yer ntah tidak.. mana aku tahu… tapi katanya memang banyak yang dah berubah… terutama dari segi infrastruktur laa… dulu xde, sekarang da ada… bagus la… senang orang kampong nak guna… jangan disalahgunakan dah laa…

Memandangkan aku dibesarkan disana… maka banyaklah kengkawan aku kat sana tu… ada yang aku tahu ceritanya… ada juga yang tak pernah aku dengar kabar berita… “apa kabar orang kampong, sudah lama x berjumpa, kirim-kirim kan berita..” lagu Sudirman… korang sambung lah sendiri… malas aku..

Diam x diam dah ramai juga kawan2 yang dah kawin… x lupa juga yang dah bertunang, nak bertunang.. dan apa-apa jer lah… aku juga yang belum lagi ni… huhu… insya-Allah next year… Coming Soon.. hehe

Ahh.. tetiba mood aku nak menulis dah xder… Sabor jer lahh… apa2 pun korang jangan senyap jer.. meriahkan lah blog kita ni… ceritakan cerita korang…

Kepada Cikgu-cikgu… jangan malu jangan segan… joint kita orang ni…

By : Luqiem