Wednesday, July 8, 2009

Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia 2009

Assalamualaikum… Alhamdulillah, tahun ini (2009) Malaysia telah dipilih oleh Allah SWT menjadi tuan rumah kepada perhimpunan umat islam seluruh dunia…

“Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia” akan diadakan pada 9-12 Julai 2009, bertempat di Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan… Kepada semua Muslimin lelaki, anda dijemput hadir ke Ijtimak tersebut… Kehadiran anda sangat bernilai disisi agama… malah dengan kehadiran kita akan mendatangkan Rahmat dan Hidayah Allah ke seluruh Dunia… semoga Negara kita Malaysia lebih aman dan makmur…

Antara barang keperluan yang perlu disediakan oleh setiap orang yang hadir ke Ijtimak tersebut antara lainnya adalah; keperluan pakaian solat (untuk 3 hari), baju T, seluar, alas tidur, peralatan mandi, selimut, serta barang-barang keperluan yang bersesuaian perlu dibawa bersama al-quran dan tasbih (habiskan masa kita dengan ibadah)…

Aturcara Majlis :

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yang Keluar
2. Doa Penutup Ijtimak

--------------------------------------------

* Insyaallah, kita hadirkan diri kita ke Ijtimak tersebut... Ijtimak yang akan kita hadiri tersebut akan disertai hampir 150 ribu ++ jemaah seluruh dunia, ulama-ulama terkemuka dunia juga akan hadir ke Ijtimak tersebut...

* Sesungguhnya satu kerugian yang besar jika sekiranya kita x mampu hadiri ke Ijtimak tersebut, kerana untuk menghadiri Ijtimak tersebut pada masa-masa akan datang di Malaysia mungkin dalam tempoh 30 tahun lagi... Ketika itu mungkin kita dalam keadaan yang uzur dan sebagainya...

* Justeru, ambil peluang yang besar ini... kita sama-sama hadir, Inysa-Allah...

* Tapak lokasi Ijtimak : http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&source=embed&t=h&msa=0&msid=114025851364434457518.000466c98058d686e4744&ll=2.76579,101.768589&spn=0.007501,0.00912&z=16

No comments: