Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan bakal tiba beberapa hari saja lagi… Adakah anda sudah bersedia menghadapinya dengan penuh rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini… Inilah satu-satunya bulan yang mampu kita tingkatkan amalan kita kepada Allah… apa tidaknya, setiap amalan fardhu kita akan digandakan sehingga 70x pahala… manakala ibadah sunat akan menjadi pahala fardhu… masyaallah, Maha Pemurahnya Allah…

Korang yang selalu miss puasa masa dulu-dulu… lebih baik korang gantikan dengankadar segera.. Sebab itu adalah hutang yang perlu dibayar segera kepada Allah… rujuk Ustaz or sesiapa yang pakar dalam bidang tersebut… yang penting kita dapat amal segala ibadah dengan penuh rasa ketaqwaan kita kepada Allah… dan kita perlu banyak doa supaya ibdah kita nanti diterima oleh Allah…

Kita bukan buat ibadah kerana terpaksa… bukan kerana manusia… tapi kita buat ibadah semata-mata kerana Allah swt… kalaupun kita buat ibadah kerana nak tunjuk-tunjuk kat orang… lebih baik korang banyak istighfar dan minta ampun pada Allah… dan betulkan niat korang tu semula…

Kita hidup tak lama… 60 hingga 70 tahun jer… itu pun kalau kita ni umur panjang… Insyaallah… justeru sekarang lah masanya kita tingkatkan amal ibadah kita… banyakkan zikir dan selawat… baca quran.. solat-solat sunat… tak payah la korang nak tanya ibadat-ibadat yang lain jika yang ini pun korang tak penah nak buat… kita buat apa yang kita mampu… apa yang penting berterusan… istiqamah… jika tak tahu.. buang sifat malu.. pergi Tanya ustaz ustazah yang berdekatan korang….

Pedulikan orang lain, yang penting kita nak belajar… belajar nak amal agama Allah… belajar nak amal sunnah Nabi… pekakkan telinga dengan leteran dan ejekan manusia-manusia yang membawa kita kepada kegelapan… jauh dari cahaya Ilahi… muala dari sekarang… pelajarilah ilmu agama yang membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat…

Jadikan kerja kita sebagai ibadah, makan kita sebagai ibadah, riadah kita sebagai ibadah… segala apa yang kita buat, kita buat sebagai satu ibadah… Yes! Korang dan kita semua termasuk aku yang langsung tak tahu apa benda ni… kita hasilkan ibadat yang paling berkualiti sempena BULAN RAMADHAN ni... Amin

No comments: