Monday, May 4, 2009

Pengembaraan Hang Tuah "Bangsaku Junjung Bangsaku Cinta, Rupanya Engkau Lenyap Di Dunia"

Tersebutlah kisah terdapat seorang panglima melayu yang gagah ketika zaman kesultanan melayu Melaka yang diberi nama Tuah atau lebih dikenali sebagai Hang Tuah, Tuah adalah panglima, Tuah adalah satria, Tuah adalah simbol, Tuah adalah penegak kebenaran pada ketika itu. “Takkan melayu hilang didunia!!!!!” , “Takkan melayu hilang didunia!!!!!” jerit Tuah dengan suara yang padu menusuk ke kalbu setiap rakyat jelata. Tetapi malangnya, Patik Kerma Wijaya seorang pembesar Melaka dengki dengan pencapaian dan kekananan panglima Hang Tuah, “Cis Hang Tuah akan ku singkirkan engkau, akan kuhapuskan kau didunia ini”, maka Tuah dihukum oleh sultan yang dijunjungnya setiap masa. Maka bermula cerita disini….

Ketika Hang Tuah dilepaskan oleh pembesar yang ketika itu ditugaskan menghukumnya, Hang Tuah berlari menyeberangi hutan belantara dan disaat Hang Tuah melintasi suatu padang, tiba-tiba keadaan menjadi gelap, awan menjadi kelabu kehitaman seakan menerpa ke arah Hang Tuah, tiba-tiba satu cahaya pantas menyambar Hang Tuah tanpa sempat mengelak. “argggghhh” jerit Tuah. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan menjadi tenang semula, awan menjadi cerah, angin sepoi bahasa menerpa wajah Tuah, asap putih dan hitam menusuk ke hidung yang memeningkan kepala “ oh di mana gerangan hamba berada” Tuah bertanya kepada dirinya yang masih keliru ketika disambar cahaya tadi. Tuah mendongak ke langit, dihirupnya udara, diamatinya tanah hitam yang keras, dengan sedikit bingung Tuah merasakan kelainan pada tempat tersebut. Ketika itu Tuah mendengar bunyi membingitkan yang memekakkan telinga, Tuah menjejaki bunyi tersebut, dilihatnya seakan buaya berkaki bulat yang sedang bergerak laju, berlumba. Pada ketika itu F1 sedang berlangsung di Malaysia, rupanya Tuah berada di Sepang, dalam layar gergasi Tuah melihat dirinya, orang melihat Tuah dalam keadaan hairan, maka orang bertanya sesama sendiri “eh abang tengok tu, peliklah orang tu bang” orang melihat layar gergasi yang ketika itu Live!!!!

Tuah tidak dapat menahan dengan kebisingan tempat tersebut, Tuah berlari sekuat hati sehingga Tuah melihat raksasa kembar berdiri yang seakan-akan menunggu mangsanya untuk dibaham. Tuah tersungkur melihat raksasa tersebut, raksasa tersebut seakan menunggunya dan menerpa kearahnya. “ciss, apakah engkau sang kelambai?” pekik Tuah,” saat ini telah lama kunantikan untuk menghapuskanmu sang kelambai” tiba-tiba orang bertepuk tangan disekitar raksasa tersebut menyambut kehadiran Perdana Menteri yang ketika itu melawat KLCC. Tuah berlari lagi sambil diperhatikan oleh orang ramai, ada ketawa ada yang tersenyum, “hai abanggg nak kemana tu? Nak ikut blehh, wuuuu macho, abang-abang, nak nombor tepon abang bleh tak, alaaa bleh laa” sapa gadis-gadis kepada tuah, “look that coooooll” kata pelancong asing melihat tuah berpakaian melayu lengkap dan mengambil gambar Tuah, Tuah memandang dan hairan gelagat mereka yang bebas bergaul antara lelaki dan perempuan, sehinggalah dia berhenti di satu kawasan yang terdapat tasik, Tasik Titiwangsa. Dilihatnya orang sekeliling, terdapat ramai orang berkerumun untuk mendengar nyanyian dari seorang pelakon terkenal tanah air. Dilihatnya orang begitu teruja sekali, lelaki dan wanita bergaul, berpegangan tangan dan memberikan kucupan, tanpa sedikitpun rasa malu. Tuah melihat perkara tersebut dengan rasa dosa yang amat sangat.

Tuah berlari lagi dengan sekuat hati sehinggalah di satu persimpangan Tuah melihat seorang wanita tua yang terhenjut-henjut melintas jalan, orang hanya melihat disekelilingnya tanpa menghiraukan kehadiran orang tua itu, dengan segera Tuah mendapatkan wanita itu lalu dipapahnya menyeberangi jalan. “terima kasih cuu, tak pernah orang yang sudi bantu nenek begini, orang melayu sekarang dah tak peduliiii, cucu nama apa?” tanya nenek tersebut, “ nama hamba Tuah” jawab Tuah, “oh Tuah, bagus nama tu cu, ingat ajaran nenek ni cuu, sentiasa bantu orang dalam kesusahan, jangan seperti orang melayu sekarang ni, da lupa ajaran orang tua-tua, kalau Hang Tuah masih hidup, mesti dia malu melihat orang melayu sekarang ni”, orang tua itu pun segera beredar sambil Tuah berdiri kaku dan mata Tuah mengiringi perjalanan orang tua tersebut.

Dengan tiba-tiba angin bertiup dengan kencang mengaburi mata Tuah, barang-barang di kedai berhampiran habis berterbangan ditiup angin, “haik” dengan tidak semena-mena Tuah membuka langkah dan didapatinya terdapat sehelai kertas besar yang hampir membaluti separuh badannya, diamatinya kertas tersebut, hanya terdapat tulisan yang tidak difahaminya (tulisan Roman), dibeleknya, dilihatnya ruangan atas kertas yang tertulis, Utusan Malaysia yang bertarikh 31 disember 2009, dibeleknya lagi ruangan seterusnya yang mempunyai tulisan jawi, Tuah terkejut melihat tarikh ruangan tersebut iaitu 14 Muharram 1431, maka tahulah Tuah dimanakah dia sebenarnya berada, “ benarkah aku ini? Benarkah aku berada di masa hadapan?” cakap Tuah, Tuah merenung kembali apa yang dilaluinya tadi tuah bersedih “apakah yang telah terjadi dengan bangsa aku” bisik Tuah dalam hatinya dalam keadaan sedih dan marah.

Tuah berjalan di satu kawasan lorong yang sunyi, dilihatnya sekumpulan orang ramai yang seakan-akan bersuka-ria, dilihatnya terdapat 5 orang berpakaian gelap mempunyai sepucuk pistol di pinggang dan memakai tengkolok yang pelik di kepala sambil melihat seketika ke kumpulan tersebut dan beredar, kemudian Tuah mendengar suara orang dalam kesakitan. “jangan, tidak, ahhh, tidak, lepaskan aku!!!”, lantas Tuah pun pergi. Rupa-rupanya mereka adalah kongsi gelap orang melayu yang sedang membuli bangsa sendiri. “ciss!!! Apakah yang kalian sedang lakukan?”, jerit Tuah, “pocot, hero da datang, tapi ni bukan polis, bukan cicakman, bukan superman, tapi Hang Tuah, uuuuu takut, takut, Hang Tuah kepala hotak nak mampuss, hahahaha!!!”cakap ketua kongsi gelap kemudian ketawa bersama-sama pengikutnya. Lelaki tersebut bercakap lagi,” hei mangkuk lu sapa ahhh, jangan nak campur urusan gua, kalau lu nak selamat, baik lu cau dari sini” kemudian lelaki tersebut mengeluarkan pisau rambo dan ditimang-timangnya.

Lelaki yang lumat dibelasah memberitahu Tuah yang dia tidak sengaja melanggar ketua kongsi gelap ketika terburu-buru melawat maknya di hospital, Tuah begitu kesal sekali dengan apa yang terjadi dan kasihan melihat keadaan lelaki yang dibelasah. “ nama hamba Hang Tuah panggil hamba Tuah, adakah kalian tahu apa yang kalian lakukan ini salah? Kalian tahukah pemuda ini bangsa kalian, adakah kalian tidak mempunyai hati perut?, baik kalian pergi dari sini sebelum hamba tamatkan riwayat kalian” cakap Tuah, ketua tu bercakap, “ uuuu takut tu, heii orang gila, nak ngaku Tuah konon, tak sedar diri, baik lu pergi dari sini, lau tak nasib lu sama macam budak badigol ni, lu ada saploh saat, lau tidakkk”,Tuah pun bercakap,” baiklah, hamba berikan tuan hamba masa 3 kali mata hamba ini berkedip, jika tuan hamba tetap berdegil, maka tamatlah riwayat tuan hamba” ketua kongsi gelap yang mendengar kata-kata Tuah menjadi berang dan mengarahkan pengikutnya agar membunuh Tuah, dengan bersenjatakan samurai dan seramai 35 orang, mereka pun menyerang Tuah bertubi-tubi, Hang Tuah melompat ke sana sini, pergerakan Tuah amat pantas dan sukar diramal, Tuah memang handal seperti yang dikisahkan, tetapi tengkolok Tuah terjatuh terkena libasan samurai, Tuah tiada pilihan lain selain mempertahankan dirinya lalu menghunus keris, “haik, hek, cah”supppp!!!!, supppp!!!! Bunyi keris ketika menusuk ke badan lawan sehinggalah semuanya jatuh tersungkur, termasuk ketua kongsi gelap tersebut.

Tuah pun memapah pemuda yang dibelasah tadi dan memimpinnya untuk duduk, kemudian Tuah meletakkan tangannya di kepala pemuda tersebut, memejamkan mata dan mulut Tuah terkumat-kamit membaca doa memohon kepada Allah agar pemuda tersebut sembuh. Dengan tidak semena-mena lebam dan luka pada pemuda tersebut sembuh seperti sediakala, “Alhamdulillah” cakap Tuah, pemuda tersebut hairan melihat perubahan itu, Tuah pun bercakap ‘’tuan hamba, teruskan niat tuan hamba untuk pergi berjumpa dengan bonda tuan hamba”, “ tima kasih bang, kalau tak sebab abang tak taula pe jadi, abg name ape?”., tanya pemuda tersebut, “ nama hamba Hang Tuah, panggil hamba Tuah”cakap Tuah kepada pemuda tersebut, “ takpe bang, tima kasih bang kerane menyelamatkan saye, saya pergi dulu bang” lelaki itupun beredar sambl tersenyum kerana menyangka Tuah bergurau. Tuah berasa hairan apakah tugas temenggung(polis) dan konco-konconya pada zaman ini. Adakah mereka melihat sahaja perkara ni, atau adakah mereka takut.

Matahari semakin terbenam dan dilihatnya kubah, ciri tersebut sama ketika Tuah menjadi duta ke kerajaan Islam di turki, maka tahulah Tuah yang itu masjid, Tuah pun pergi ke tempat tersebut untuk melakukan solat maghrib di Masjid India, setelah menghabiskan solat, orang ramai berasak-asak meninggalkan masjid, Tuah hairan melihat kelakuan mereka yang begitu gopoh yang seakan rimas berada di masjid, Tuah pun keluar dari masjid sebagai orang yang terakhir, dilihatnya terdapat beberapa orang yang ke hulu hilir seakan mencari sesuatu, dari apa yang didengar Tuah, orang tersebut telah kehilangan capal. “ Astaghfirullah alazim” Tuah beristighfar, “siapakah gerangan yang berbuat demikian di rumah Allah ini’’ bisik Tuah lagi.

Dilihatnya diluar pagar masjid seorang pemuda yang merupakan makmum disebelahnya sebentar tadi bersama-sama dengan gadis muda yang memakai tudung berseluar jeans dan baju yang ketat sambil berpegangan tangan. Tuah pergi ke pemuda tersebut. “tuan hamba, siapakah gerangan nama tuan hamba?’’tanya Tuah. Pemuda dan gadis tersebut terkejut, seakan-akan tidak percaya percakapan yang didengarinya tadi. “ ooo, name saye Abd Rahman” jawab pemuda, Tuah bertanya lagi,”dan gadis ini siapa tuan hamba”. ‘’ yang ni makwe dan juga tunang saye, tak lama lagi kami khawin, bulan depan” sambil pemuda itu memandang kearah gadis manis tersebut sambil tersenyum. Tuah pun memberikan nasihat. “tuan hamba, perbuatan tuan hamba sebenarnya salah karana tuan hamba bersama-sama gadis yang belum lagi milik tuan hamba, tuan ha….” Belum habis lagi Tuah bercakap pemuda tersebut dah memotong kata-kata Tuah dengan keras, “hello bro, ko sapa haa, dari jabatan agame mane?dari jakim? kami bukannya nak uat pepun, kami dah tunang, so biarlah apa kami nak buat ape, ko sibukkk buat pe? Nampak penumbuk aku ni, nak lebam biji mata kau?.. keadaan menjadi kecoh, orang berkerumun di kawasan tersebut termasuk ustaz yang menjadi imam tadi.

Tiba-tiba sepasang suami datang dan bercakap, “eh man, pe jadi ni? suda-suda”, tanya perempuan kepada pemuda tersebut. “tak mak, orang ni kuang aja, cakap melalut tak tau mende? “ Cakap pemuda tersebut, Tuah pun bercakap dan memberitahu ibunya yang perbuatan anaknya salah. Kemudian ibu pemuda pun bercakap, “hei engkau ni sapa? orang gila, aku mak dia, pedulila ape yang dorang nak buat, lagipun dorang nak khawin, ingat ni anak engkauuu, kau jangan nak masuk campo, fahammm!!!, kurang aja,”, kemudian mereka pun pergi meninggalkan Tuah, orang ramai beransur-ansur meninggalkan kawasan tersebut.

Tuah terpacak seketika dan beredar dari kawasan itu, sehinggalah Tuah berhenti di betul-betul tugu negara. Tuah duduk dan memikirkan nasib bangsanya, cuba menahan rasa kesedihan yang tidak tertahan, perasaan gerammm, marahhhh. Tuah geram dan marah bukan kerana apa, tuah geram dan marah kerana orang melayu sekarang dah lupa, dah lupa adab bangsa yang dipegang sejak turun temurun, dah lupa hukum yang dipegang. “aarrrrgghhhh tidakkkk, kenapa anak bangsaku sedemikian, apakah pemuda dan gadis itu tidak tahu hukum agama??? Apakah orang tuanya mendidik sedemikian????? Apakah ustaz tidak melakukan apa-apa???, apakah orang ramai membuta dan tidak mempedulikan keadaan ini setiap hariii???Apakah mereka ini pekak, bisu, buta, dunguu?? Arrrghhh tidak, tidak, tidak, siapakah gerangan yang patut disalahkan“, jerit Tuah dalam hati. Pengalaman Tuah bersama dengan orang-orang melayu zaman ini sangat menyakitkan, lebih menyakitkan dari hukuman sultan yang dijunjungnya, lebih menyakitkan dari 100 tikaman pedang panglima siam, dan lebih menyakitkan dari pengalaman perasaannya terhadap puteri gunung ledang, retno dumilla gusti puteri.

Bukan kerana hamba dicaci,bukan kerana hamba dimaki dan bukan juga kerana hamba disakiti oleh orang melayu zaman ini, tetapi kerana hamba sedih melihat bangsaku, hamba sedih melihat saudaraku. Saudaraku, SAUDARAKU, kalian telah kehilangan sesuatu YANG nenek moyangmu cuba pertahankan, Tuah merintih, sedih dan tidak bermaya, badan Tuah terasa longlai seakan bertarung dengan 500 panglima siam, Tuah terbaring memandang langit, titisan air mata Tuah jatuh ke bumi. Sejenak Tuah teringat budi pekerti yang ditunjukkan pemuda Melaka, bagaimana mereka melayan kedua orang tua mereka, diingatnya juga kesopanan dan kelembutan anak gadis melayu zamannya, teringatlah juga ketika dia dan sahabatnya bersatu untuk menghapuskan lanun, indah sekali untuk dibayangkan, sekurang-kurangnya dapat mengubat sejenak kesedihan Tuah, dalam keadaan itu, tiba-tiba awan menjadi gelap, halilintar sabung menyabung, Tuah ketawa dalam hiba memikirkan nasib bangsanya zaman ini, kemudian Tuah berpantun:

Nahkoda jawa belayar ke China,
Hilangnya kemudi jauh ke India,
BANGSA KU JUNJUNG BANGSA KU CINTA,
RUPANYA ENGKAU LENYAP DI DUNIA.

Dettummmm!!!!! Tuah disambar kilat dengan tiba-tiba dan lenyap begitu sahaja. Tuah meninggalkan kita dengan penuh kekecewaan, kesedihan dan perasaan yang kesal dan hiba.

From ~ Mohd Azrizan

No comments: