Thursday, March 5, 2009


MENGUBAH CARA BERFIKIR
Kejayaan sesorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.
Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.
Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda ialah manusia yang mempersia-siakan anugerah yang paling besar. mereka itu tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagian hidup sebenar.
Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. inilah memberikan kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan ramai individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik...
Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak kearah yang lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis...
Sesungguhnya, permulaan kejayaaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelaktual.....

No comments: