Tuesday, October 20, 2009

Umrah 2009.... Ckg Siti


Asalamualaikum…

haiii LOKMAN N SEMUA STUDENT CIKGU…semoga sihat jerr...cikgu alhamdulillah sihat...bz dengan kerja2 sekolah jer..

Haah nie beberapa gambar time cikgu mengerjakan umrah.. Syukur kpd Allah kerana diberikan rezeki.. Kini cikgu dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah.

Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi cikgu ct, apa yang perolehi halal dan diberkati seperti Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari.
Ini benar2 terkesan dalam hati cikgu. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.
Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya....jumpa lg wassalam.

1 comment:

LokmanHakim said...

Cikgu... bila nak ajak saya gi umrah...